Thursday, April 18, 2013

TIPS KERJA2 DIDAPUR



TIP2 KERJA2 DI DAPUR
KELAPA PARUT PUTEH KUKUS
1.   Kelapa Parut Puteh Untuk Semua Kueh  Mueh,Simpan Di Freezer
2.   Untuk Lebih Tahan Gaul Dengan Sedikit Garam Dan Di Kukus Dahulu Dan Boleh Disimpan Di Freezer,Jika Beku Nak Guna Lagi Kukus Kembali.
3.   Mudah Diguna Untuk Kueh Bronok,Lopez,Kasui,Putu Piring,Ubi Kayu Rebus,Pulut Kukus Dan Pelbagai Kegunaan Kueh Mueh Yang Lain.

AIR GULA UNTUK LOPEZ DAN CENDUL DAN PELBAGAI YG LAIN
1.   2 Ketul Gula Melaka Original Di Potong Kecil Sebelum Dimasak
2.   Air Kelapa 1 Biji
3.   2 Helai Daun Pandan Disimpul Ikat
4.   ½ Cawan Gula Pasir Puteh Di Goreng Hingga Kuning Kemudian Masukan Sedikit Air Sudah Cair Rata Baru Masukan Gula Melaka ,Daun Pandan 2 Helai Yg Disiat2 Simpul Ikat,Dan Air Kelapa,Masak Hingga Hancur Semua Gula, Ditapis Masuk Botol.

AIR PERAHAM ASAM JAWA
UNTUK MASAK KARI,DALCA,ASAM PEDAS,SAMBAl TUMIS,SAMBAL BELACAN,MASAK ASAM,DAN PELBAGAI YANG LAIN
1.   Asam Jawa Kalau Boleh Cari Yang Tidak Ada Biji
2.   Jika Yang Ada Biji Normarly Asam Nya Sedikit Masin,Jika Masak Kena Jaga2 Garam Takut Termasin Masakan Kita.
3.   Perah Asam Ambil Yang Pekatnya Dahulu,Masukan Pada Plastik Yg Kecil2 Ikut Anggaran Yg Perlu Kita Pakai Setiap Kali Hendak Guna,Selepas Itu, Simpan Difreezer,Jika Kita Perah Terus Simpan Dibekas Yg Besar,Kita Perlu Tunggu Asam Cair Baru Dapat Guna Asam Itu,Dan Asam Yg Baki Itu Akan Terjejas Tidak Boleh Bertahan Lama.
4.   Baki Dari Asam Yg Pekat Telah Di Ambil,Boleh Perah Ambil Lagi Asam Untuk Dapatkan Asam Perahan Yang Cair Pula,Yg Ini Tak Perlu Masuk Dalam Plastik Kecil,Masuk Botol Dan Simpan Dipeti Ais Bahgian Bawah Bukan Di Freezer,Air Asam Cair Bagus Untuk Masak Asam,Kari Ikan Atau Pelbagai Yang Lain.
5.   Hampas Asam Jawa Jangan Dibuang,Dibolehkan Untuk Mencuci Ikan Untuk Hilang Hanyir Bau Ikan,Simpan Dalam Peti Ais Hampasnya.


GARAM KUNYIT UNTUK GAUL PADA IKAN SUPAYA GARING DAN SEDAP

1.   Kunyit Hidup 10 Ketul

2.   Bawang Puteh 10 Ulas
3.   Garam 1 ½  Camca Besar
4.   Cili Padi Kampung Yg Hijau 10 Biji
5.   Cuka 4 Camca Besar
6.   Air Tapis ¼ Cawan
7.   Satukan Semua Bahan Dan Blend Hingga Halus,Masuk Tupperware Simpan Di Peti Ais.
Bagus Untuk Gaul Pada Ikan,Sotong,Udang,Daging Atau Ayam,Jika Di Goreng Garing Pasti Sedap Dimakan.
 

No comments:

Post a Comment