Thursday, April 18, 2013

CAPATI LEMBUT NANNY PAH



CAPATI LEMBUT NANNY PAH

BAHAN2NYA
1.   3 Cawan Tepong Atta
2.   1 Cawan Susu Cair
3.   1 Cawan Air
4.   1 Camca Ghee
5.   1 Sudu Kecil Garam

Masak Susu,Air Dan Garam Hingga Mendidih,Kemudian Masukan Minyak Sapi.Tuang Kedalam Tepong Atta,Kacau Dengan Senduk Kayu,Apabila Sejuk Uli Dengan Tangan Masukan Sedikit Minyak Sapi Lagi Hingga Jadi Dough Yg Cantik.Tutup Dengan Kain Simpan Sebentar Baru Bulat2 Kan Kemudian Golek Ditepung Kedalam Mangkuk Dan Gelek Nipis.Kemudian Bakar Di Kuali Tefal,Tekan Sikit Dengan Kain Untuk Puff Up Roti.

MAKAN DENGAN SAMBAL SARDIN ATAU KHEEMA DAGING CINCANG.
BAHAN2NYA SAMBAL SARDIN.

1.   1 Tin Sardin Kecil Cap Ayam
2.   Minyak Untuk Tumis ½ Cawan
3.   Bawang Hiris 8 Biji
Goreng Bawang Hingga Garing Angkat Letak Tepi
Keluar Sardin Dari Tin Buang Kuahnya,Dan Goreng Sardin Hingga Garing
Kemudian Masukan Cili Mesin 1 Cawan
Kacau Rata Kemudian Masukan Bawang Goreng Dan Air Asam Jawa ½ Cawan,Rasa Garamnya Jika Kurang Masin Boleh Letak Sedikit Garam Sebab Normaly Sardin Sudah Masin.


KHEEMA DAGING CINCANG,KEGEMARAN TOK AYAH DAN TOK PUAN
BAHAN2NYA
1.   ½ Kilo Daging Cincang
2.   2 Biji Kentang Potong Dadu
3.   2 Biji Tomato Potong Dadu
4.   1 Biji Carrot Potong Dadu
5.   1 Tin Kecil Kacang Peas
6.   2 Biji Bawang Besar Yg Puteh Potong Dadu
7.   1 Tin Kecil Tomato Puree

BAHAN2 BLEND (A)
8.   1 Inchi Halia
9.   6 Biji Bawang Merah
10.                     4 Biji Bawang Puteh
11.                     ½ Camca Besar Garam
12.                     1 Botol Kecil Yogurt              
Blend Halus No8-No12 Hingga Halus,Perap Pada Daging Cincang

BAHAN BLEND (B)
1.   2 Pokok Daun Ketumbar Dengan Akar2nya,Basuh Bersih.
2.   1 Cawan Daun Pudina Dari Petikan Daun Nya Sahaja
3.   8 Biji Cili Padi Hijau
4.   8 Biji Gajus
5.   8 Biji Badam Rendam Dengan Air Panas Dibuang Kulitnya
6.   1 Biji Air Limau Nipis
7.   Air Mawar 2 Camca
8.   Susu Cair ½ Tin
9.   No 1 – No 8  Diblend Halus

BAHAN TUMIS
1.   Minyak Sapi 4 Camca
2.   Minyak Sayur ¼ Cawan
3.   Daun Pandan 2 Helai Disimpul Ikat
4.   2 Helai 2 Salaam
5.   6 Ulas Bawang Merah Hiris
6.   4 Ulas Bawang Puteh Hiris
7.   1 Cawan Rempah Kari Babas Yg Ikan Punya
8.   1 Camca Jintan Manis Serbuk Untuk Rempah Tambahan Campur 2 Camca Serbuk Cili Babas.
9.   2 Camca Jintan Puteh Serbuk Untuk Rempah Tambahan
10.                 1 Camca Sajeeera Serbuk Untuk Rempah Tambahan
11.                 1 Sudu Kecil Lada Serbuk Puteh Untuk Rempah Tambahan
12.                 1 Keping Kulit Kayu Manis
13.                 1 Kuntum Bunga Lawang
14.                 6 Biji Buah Pelaga
15.                 6 Kuntum Bunga Cengkih
16.                 2 Helai Daun Kari

CARA MENUMIS KUAH KHEEMA
Panaskan Minyak Sapi Dan Minyak Sayur Dikuali,Tumiskan Daun Pandan,Daun Salam,Daun Kari,Bawang Merah Hiris,Bawang Puteh Hiris,Dan Kelengkap Daging,Kulit Kayu Manis,Buah Pelaga,Bunga Cengkih Dan Bunga Lawang,Hingga Garing,Padam Api,Masuk Semua Rempah Dan Rempah Tambahan,Kemudian Masukan Daging Cincang Perap,Kentang Dadu,Dan Carrot Dadu.Masak Hingga Semua Empuk.Baru Masukan Tomato Puree,kemudian masukan Bahan Blend (B)Dan Akhir Sekali Masukan Tomato Dadu,Bawang Dadu,Dan Kacang Peas,Rasa Garamnya.Jika Suka Boleh Dihabiskan Susu Cair Yg Baki,Hidang dalam hidangan dan taburlah daun ketumbar dan pudina hiris. Sedia Dimakan Dengan Roti Capati Lembut Dan Panas2,Atau Roti Perancis,Roti Canai,Roti Biasa Gardinere.Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment