KUAH PINDANG(PERMINTAAN ABDUL AZIZ DATO ABU
BAKAR PAWANCHEE)
BAHAN2NYA
1. Ikan Pilihan, Bawal, Kembong, Senangin, Sagai,Jenahak,Sela
Kuning Atau Apa Ikan Yg Lain.Basuh Bersih Dengan Garam Asam
2. Bawang merah 4 ulas dihiris
3. Bawang puteh 5 ulas dihiris
4. Kunyit Serbuk
Babas 2 sudu kecil
5. 1 inchi halia muda hiris
6. 3 batang serai ketuk
7. 2 inchi lengkuas ketuk
8. Cili merah 2 biji dibelah tengah dan hiris
serong nipis2(jika suka pedas boleh ditambah dengan cili padi merah 6 biji di
belah tengah
9. 5 asam keping
10.
Air
tapis 4 cawan
11.
1 sudu
kecil garam(atau secukup rasa)
CARA MEMASAK KUAH PINDANG
Ambil bawang
merah,bawang puteh,kunyit serbuk babas,cili merah & cili api,halia hiris,diramas
bersama garam,masukan air tapis,serai ketuk,lengkuas ketuk, dan asam keping
rebus diatas api hingga menidih,kemudian masuk ikan yg telah dibersihkan,sudah
masak sedia dimakan dengan nasi panas2 bersama ikan kering bulu ayam goreng dan
sambal belacan.Lauk ini adalah makanan orang miskin jika beli ikan sela kuning,tetapi
sekarang ikan sela kuning sudah mahal berbanding di zaman 1960,satu kati baru 80
sen sahaja boleh makan satu keluarga yg besar
Cucu saya ,minat
makan lauk ini,dia namakan lauk ini yellow kuah.Lauk ini bagus juga untuk ibu
yg baru bersalin.
No comments:
Post a Comment