Sunday, April 21, 2013

DONUT KENTANG BERKEJU



DONUT UBI KENTANG BERKEJU
BAHAN-BAHAN(3 0RANG MAKAN)
4 cawan tepung gandum (diayak 2 kali)

2 biji ubi kentang (direbus dan dilenyek halus)
3 camca besar keju parut
2 camca besar coffee mate
2 camca besar susu pekat manis
2 sudu teh yis mauripan  
Sedikit garam
1 cawan air
2 camca besar butter  
1/2 cawan gula pasir dikisar halus untuk tabur pada donut
CARA-CARA
1.   Rebus ubi kentang sehingga lembut. Kemudian lenyek sehingga halus.
2.   Ayak tepung gandum sebanyak 2 kali.
3.   Gaulkan Tepung gandum, Butter, Gula, Garam, Coffee mate,Keju Parut, Susu Pekat Manis dan Yis bersama air dan juga kentang lenyek tadi
4.   Uli sehingga tepung menjadi doh
5.   Biarkan doh tersebut seketika sehingga doh tersebut naik.Uli Lagi untuk buang anginya dan perap lagi 2 jam,tutup dengan kain basah..
6.   Setelah doh tadi naik,canai hingga leper bulat, ambil acuan donut dan tekapkan pada tepung tadi.....
7.   Goreng sampai nampak kekuning-kuningan......taburkan gula icing (gula yang telah dikisar halus atau boleh diguna Icing sugar)
8.   Atur diatas pinggan boleh dihidang untuk minum petang atau sarapan pagi

No comments:

Post a Comment