Friday, April 26, 2013

PIZZA MELAYU




PIZZA MELAYU

BAHAN2NYA TOPPING SOS PEDAS
1.    Capcicum merah 1 biji di kelar2 kulitnya
2.    Tomato biji yg merah 1 biji di kelar kulitnya
3.    Cili merah 3 biji
4.    Cili padi merah 8 biji
5.    Bawang puteh kopek 6 biji
6.    Garam 1 sudu kecil
7.    Gula 1 sudu kecil
8.    Tumix 1 sudu kecil
9.    Tomato sos 3 camca besar atau tomato prego
10.                       Oregano ½ sudu kecil
11.                       Butter 2 camca untuk tumis sos

CARANYANYA
Rebus capcicum,tomato biji,cili merah,cili padi merah,bawang puteh hingga masak betul,keluarkan sudah sejuk kopek kulit tomato,capcicum,masuk blender,dengan semua cili merah,cili padi,bawang puteh,gula,garam dan tumix dan oregano di blend halus tak perlu letak air.kemudian panaskan butter dan tumis kan bahan blend hingga naik minyak.


BAHAN TOPPING YG PERLU DI SEDIAKAN
1.    Capcicum hijau ½ biji dihiris belah empat
2.    Capcicum merah ½  dihiris belah empat
3.    Cendawan butang 6 biji di belah 4
4.    Bawang besar ½ biji di hiris
5.    Inti daging berkentang 1 ½ cawan
6.    Mozarella cheese secukupnya
7.    Parmesan cheese secukupnya

DOUGH PIZZA
1.    250 gm tepong gandum
2.    2 sudu kecil ibu roti mauripan
3.    1 sudu kecil garam
4.    1 sudu kecil gula
5.    ½ cawan air suam
6.    ¼ cawan butter cair/atau minyak zaiton
7.    6 ulas bawang puteh
Bawang puteh di masukan kedalam blender bersama sedikit dari air suam,garam gula,ibu roti diblend halus,kemudian tuang kedalam tepong gandum,ratakan kemudian masukan butter cair uli hingga rata bahagi 3 ketul,letak jarak jauh sikit,biar naik,kemudian uli lagi buang anginya.Sudah naik ambil seketul di rata kan letak kedalam magic pan,ambil garfu tekan2 sikit di kelilingnya.Sapu sos pedas rata2,tabur ½ cawan inti daging berkentang,dan semua topping diakhiri dengan mozarella cheese dan parmesan cheese,dan bakar pizza agak 15 minit sahaja

No comments:

Post a Comment