Tuesday, April 23, 2013

AYAM MASAK RENDANG PULAU PINANG




AYAM MASAK RENDANG PULAU PINANG
BAHAN-BAHANNYA:
·       1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2 inci x 2 inci) dan dibersihkan
·       6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
·       2 keping asam gelugor
·       Garam dan kunyit(untuk lumur pada ayam)
·       2 helai daun kari
·       2 camca cuka
·       2 camca tomato sauce
·       2 camca oyster sauce
·       2 camca kicap lemak manis
·       ½ cawan minyak sayur

BAHAN UNTUK DI KISAR:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering
1 inci lengkuas
1 inchi halia

CARANYA:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 kisar sehingga agak garing dan daun kari 1 helai dulu.Kemudian masukan oyster sos,kicap lemak manis,tomato sos dan cuka.
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.Akhir sekali masukan daun kari yg satu helai lagi.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit.
* Sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam

No comments:

Post a Comment