Thursday, April 25, 2013

APOM LENGGANG




APOM LENGGANG

BAHAN-BAHAN
  1. 1 ½ Cawan beras direndam dg ½ cawan nasi,basuh bersih dan rendam 3 jam dg air tapis paras beras
  2. 1 cawan santan khalis
  3. ½ packet yis kering
  4. ½ cawan gula
  5. Secubit garam
  6. Telor 2 biji buang punatnya
  7. Sedikit minyak untuk sapu pada kuali
  8. Daun pandan simpul untuk sapu minyak pada kuali untuk bakar apom.
CARA-CARA
1.  Kisar beras dan nasi dan semua air rendaman hingga halus. Masukan yis dan kalau boleh kisar waktu malam hendak tidur dan simpan sampai pagi.Hati2 selepas kisar simpan dalam besen besar takut nanti apom naik sebab ada yis.
2.  Telor,gula,garam dan santan khalis di blend halus,kemudian masukan kedalam beras kisar yg sudah naik.
3.  Kacau sebati. Boleh tambah sedikit air jika adunan kelihatan agak pekat.
4.  Rehatkan selama 1 jam.
5.  Panaskan kuali non - stik dan masukkan,sapu sedikit minyak dg daun pandan supaya apom wangi berbau daun pandan, 1 1/2 senduk besar ke dalamnya.
6.  Lenggangkan merata didalam kuali.
7.  Tutup kuali tersebut dan biarkan 2 hingga 3 minit
8.  Angkat apom dan terus gulung,Ulang langkah tadi hingga habis.

No comments:

Post a Comment