Friday, April 26, 2013

AYAM GORENG KUNYIT DAUN KARI



AYAM GORENG KUNYIT DAUN KARI
BAHAN2NYA
1.    1 ekor ayam di rebus dengan daun pandan dan sedikit garam,rebus sebentar,sahaja,angkat keluar dan rendam dalam air batu,kemudian tos air nya,potong 12 ketul dan letak dibekas besar(ayam mestilah seekor2)cara ini adalah untuk seal in goodness,untuk kekalkan juicy ayam itu.
2.    Garam kunyit
·       Sedikit garam anggaran jangan termasin sebab di rebusan ayam sudah di letak sedikit garam.
·       Kunyit hidup 2 ketul
·       Bawang puteh 8 ulas
·       Cuka 3 camca
·       Cili padi 10 biji
·       Air tapis ¼ cawan
·       Blend semua hingga halus,dan lumur pada ayam rebus tadi perap sebentar untuk bahan2 meresap masuk kedalam ayam..


BAHAN REMPAH
1.    Jintan puteh 1 camca besar
2.    Jintan manis 1 camca besar
3.    Ketumbar biji 2 camca
4.    Lada hitam 1 sudu kecil
5.    Tumix 1 sudu kecil.
6.    Ditumbuk semua bahan2 dan lumur pada ayam yg sudah digaram kunyit tadi
7.    Daun kari 3 helai lurut ambil daun sahaja.
8.    Minyak secukupnya untuk mengoreng ayam


CARA2NYA
Panaskan kuali,goreng ayam hingga garing,letak di pinggan hidangan kemudian goreng daun kari hingga garing,ditaburkan diatas ayam goreng

No comments:

Post a Comment