Thursday, April 18, 2013

TEKNIK CARA BLEND CILI MESIN SUPAYA HALUS DAN BERTAHAN LAMA

CILI MESIN BLEND HALUS DAN BERTAHAN LAMA

·   Mula cari cili kering yang berwarna merah,kerinting dan yang panjang2,tidak pedas dan warna merahnya cantik bila dimasak.
·   Potong serong,sambil buang bijinya dan basuh bersih,untuk yang tak suka pedas pasti bijinya di buang.
·   Sediakan kuali letak sedikit minyak dan goring cili kering itu dengan sedikit garam.Kemudian masukan air tapis 1 cawan dan biar menidih dan padam api,biar sejuk baru di blend hingga halus.Untuk jaga mesin blender supaya tahan lama jangan blend sewaktu cili masih panas.
·       Setengah orang akan merebus cili untuk blend cili mesin,secara begini cili tak sedap dimasak,cili akan berbau rasa hapaknya.
·       Blend semua cili dengan air yang di goring tadi,blend sikit2 supaya dapat kehalusanya dan mesin tak rosak
·       Selepas blend masukan kedalam plastic kecil2 anggaran jika nak masak sekali pakai,sahaja,jika kita masuk kedalam Tupperware sekali gus semua,jika nak masak kita kena tunggu cili cair baru mudah diambil,cili yang baki mudah rosak dan tak tahan lama,ini tidak kita ambil satu plastic kecil dan rendam untuk cairkan cili yg telah dibekukan itu sahaja,yang lain masih selamat tersimpan di peti ais dan cili semua akan bertahan lama.
·       Cara begini boleh juga di buat pada air asam jawa,perah siap2 masuk plastic kecil dan bekukan,jika nak pakai ambil satu sahaja,yang lain akan bertahan lama.Tak payah huruhara buat kerja didapur.   

1 comment: