Tuesday, April 23, 2013

SOTO AYAM SELATAN




SOTO AYAM SELATAN

BAHAN-BAHAN

1 Ekor ayam, dipotong 8
1.  Satu inchi Halia
2.  2 biji bawang besar               
3.  6 ulas bawang putih            
4.  1 camca besar garam
5.  Blend semua bahan dan perap pada ayam selama satu jam
6.  Air secukupnya untuk merebus ayam untuk buat sup
 
BAHAN BLEND HALUS

1.  1 camca teh ketumbar biji
2.  1/2 camca teh jintan manis
3.  1/2 camca teh jintan putih
4.  l Batang kulit kayu manis
5.  2 kuntum bunga lawang
6.  8 biji buah pelage
7.  8 kuntum bunga cengkih
8.  10 biji lada hitam
9.  1 sudu teh lada putih
10.                   3 biji buah keras
11.                   1 ketul kunyit hidup
12.                   1 biji buah pala ambil isi tengahnya
13.                   ½ cawan air tapis untuk blend semua no1-no13 bila sudah halus tapis ambil patinya,kemudian blend lagi dengan 1 cawan air sehingga dapat pati,tapis lagi dan blend lagi.

UNTUK TUMIS
5 Bawang puteh  Ditumbuk kasar2
5 Bawang merah hiris
2 Batang serai  di ketuk
1 Inchi lengkuas diketuk
3 Helai daun pandan di siat2 dan diikat     
2 Helai daun salam                                          
½ Cawan minyak sayur untuk tumis
Pati Rempah yg sudah ditapis

Panaskan minyak tumis bawang merah dan bawang puteh,serai,lengkuas letuk,daun pandan,daun salam hingga kuning kemudian masukan pati rempah sudah naik minyak tuang kedalam sup yg telah di rebus ayam.

CARA-CARA MASAK KUAH SOTO
 
1. Tuang air ke dalam periuk besar secukupnya untuk merebus seekor ayam. Biarkan air mendidih. Masukkan ayam perap sahaja, dan masukan cube ayam 1 pc,(tinggalkan kuah halia,bawang besar dan bawang puteh blend)Untuk dimasukan kedalam bahan tumis nanti.

CARA TUMIS KUAH SOTO
Panaskan minyak ½ cawan,masukan 2 batang serai  di ketuk,1 inchi lengkuas yg diketuk,3 helai daun pandan di siat2 diikat ,2 helai daun salam,10 biji bawang merah hiris dan 5 ulas bawang puteh dihiris,sudah garing masukan rempah blend yg sudah ditapis dan kuah halia ,bawang puteh dan bawang besar blend tadi yang telah di tinggal kan sewaktu hendak rebus ayam tadi..Masak sehingga naik minyak tuang kedalam kuah sup.

Setelah ayam masak, keluarkan dan sejukkan. Siat-siat isi ayam dan ketepikan. Tulang-tulang boleh dimasukkan semula ke dalam kuah sup kepada yg suka.

NASI HIMPIT
Nasi Himpit Cap Nona yang ada 30 Pcs(Rebus dg daun pandan selama 3 jam dan sedikit garam dan ½ sudu kecil minyak)Dan air secukupnya.Kalau kering tambah dengan air panas, jangan guna air sejuk.

SAMBAL KICAP
1.  5 biji Cilipadi hijau(yg kampong)
2.  2 camca besar kicap lemak manis cap Jalen
3.  2 biji jus limau kasturi
4.  Bawang puteh 2 ulas     
5.  2 camca besar cuka                                      
6.  4 camca besar air tapis
7.  Blend semua hingga halus

BAGEDIL
BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang belah 4,gaul sedikit garam , digoreng dan dilecek
200gm daging cincang
1 camca besar serbuk lada puteh
1 camca teh garam                            
5 biji buah pelage
5 kuntum cengkih
1 biji buah pala
Lada puteh/Garam/Pelaga/Cengkih dan Buah Pala diblend dengan sedikit air tapis kemudian di tapis ambil patinya

10 biji bawang merah, dihiris di goring dahulu
5 biji bawang puteh di hiris digoreng dahulu
Sedikit daun sup daun bawang dihiris
¼ cawan minyak sayur untuk tumis pati rempah
1 camca besar tepong gandum

CARA TUMIS BAGEDIL
·      Tumis bawang hiris sehingga gareng,masukan daging cincang,kacau rata masukan bahan blend,masak sehingga airnya kering,rasa garamnya.
·      Tumbuk kentang dan bawang goreng,masukan daging tumis tadi kacau sehingga rata, akhir sekali masukan daun sup bawang dan 1 camca besar tepong gandum uli rata.
·       Kepal bulat kecil dan leperkan sedikit.

BAHAN CELUP:
Gaul sebati telur  garam, dan 1 camca teh tepung gandum.
·      Celup bagedil dalam telor, terus goreng dengan minyak sayur yang banyak  sehingga gareng.Jaga api jangan hangus tak sedap.

BAHAN TABUR:
·      Taugeh di goring tanpa minyak sebentar sahaja
·      Daun sup daun bawang, dihiris halus
·      Bawang merah dan bawang puteh digoreng(untuk bawang goreng)
·      Ayam siat dari rebusan sup tadi
·      Sambal Kicap
·      Bagedil

CARA HIDANGAN
Hidangkan bersama nasi himpit,ayam siat, bagedil daging, tauge,bawang goreng, hirisan daun sup & daun bawang dan sambal kicap.Akhir sekali kuah sup yang panas.

No comments:

Post a Comment