CUCUR UDANG NANNY PAH
BAHAN2NYA
1.
2 cawan tepung
gandum
2.
3 camca tepung
cake
3.
1 camca tepung
beras
4.
1 camca tepung
jagung
5.
Air 1 ½ cawan
BAHAN BLEND (A)
6.
2 biji bawang
besar
7.
1 biji bawang
puteh
8.
3 camca besar
udang kering
9.
2 camca besar
ikan bilis
10.
½ camca besar
garam
11.
¼ cawan air untuk
blend bahan
12.
Blend no 6 –no 11
belnd ¼ cawan air hingga halus
CARA MEMBANCUH CUCUR UDANG
13.
Daun sup dan daun
bawang hiris 3 pokok semuanya
14.
Tauge 1 cawan
dipatah2 kan sikit.
15.
Udang hidup 6
ekor buang kulit kepalanya di hiris kecil
16.
Kunyit serbuk
babas 1 sudu kecil
17.
Masukan bahan
blend (a) kedalam mangkuk besar bersama air 1 cawan,masukan kunyit serbuk,kacau
rata masukan semua jenis tepung yang
diayak bersama.kacau hingga rata,kemudian masukan daun sup dan daun
bawang hiris,tauge dan akhir sekali masukan udang hidup yg telah dihiris.rasa garamnya
jika kurang rasa garam .jika suka tak payah hiris udang cuma beli udang yg
sederhana kecil tak payah hiris.
18.
Goreng cucur
udang dengan api yg sederhana,kacau2 selalu supaya cantik dan garing
gorenganya.
KUAH KACANG
BAHAN2NYA
1.
1 cawan kacang
tanah yg digoreng dan ditumbuk jangan halus sangat
2.
Air asam jawa
pekat ½ cawan
3.
Cili sos cili
padi yg pedas 1 sudu kecil jika tiada,(boleh diganti dengan cili mesin 2 camca
besar)
4.
Gula 3 camca
besar
5.
Kicap masin 1
camca besar
6.
Air masak ½ cawan
7.
Gaul semua bahan dari no 1 hingga no 6 kacau hingga rata
dah sedia untuk dicicah dengan cucur.
ATAU KUAH CICAH SAMBAL CILI
BAHAN2NYA
1.
Keledek ¼ biji
direbus hingga empuk
2.
Cili merah 3 biji
3.
Cili padi merah 6
biji
4.
Bawang puteh 3
ulas
5.
Gula 3 camca
6.
Air asam jawa
pekat ½ cawan
7.
Garam 1 sudu
kecil
8.
Masukan semua
bahan kedalam blender blend hingga halus jika terlalu pekat boleh lah ditambah
air masak sedikit.
9.
Sudah sedia di
cicah dengan semua jenis cucur.
No comments:
Post a Comment