MEE GORENG NANNY PAH
BAHAN2NYA
1. Mee kuning 2 pkt
2. Daging 2 ketul dihiris nipis
3. Udang hidup kopek 15 ekor
4. 2 biji tomato biji di belah 6
5. 8 ulas bawang puteh ditumbuk kasar
6. 6 ulas bawang merah dihiris halus
7. Cili mesin ½ cawan
8. ½ cawan air asam
9. 1 inci belacan
10.
Minyak
½ cawan
11.
Oyster
sos 2 camca
12.
Tumix 1
sudu kecil
13.
Tomato
sos 2 camca
14.
Kicap
lemak manis 2 camca
15.
Tauge 1
cawan
16.
1 cawan
daun kucai yg telah di potong 1 inchi
17.
Daun
sup daun bawang hiris
18.
Limau
nipis potong
19.
Tahu goring
20.
Telor rebus
21.
Bawang merah
dan bawang puteh goring
22.
Sedikit
garam
CARA MENGGORENG MEE
Panaskan minyak
tumiskan bawang merah,bawang puteh dan belacan hingga garing,sudah garing
masukan,daging,masak sebentar kemudian masukan cili mesin, masukan oyster
sos,tomato sos,tumix,tomato biji dan air asam,masak hingga naik minyak,kemudian masukan
udang hidup kacau sebentar masukan sedikit garam kemudian masukan mee
kuning,kacau sehingga rata masukan kicap lemak manis,sudah rata masukan tauge
dan kucai.Jika suka boleh di pecahkan telor 1 biji,kacau rata dan padam api.
CARA HIDANGAN MEE
1. Mee goring masuk ke pinggan
2. Tabur tahu goring
3. Letak telor rebus
4. Daun sup daun bawang hiris
5. Limau potong
6. Cili padi jeruk
7. Tabur bawang goring.
UNTUK CILI JERUK
- Cili padi merah
- Cili padi hijau di hiris,masukan
- Sedikit garam
- Secukup cuka untuk gaul pada cili padi,masuk tupperware
No comments:
Post a Comment