ACAR TELOR
BAHAN2NYA
1. Telor ayam atau itek 10 biji basuh bersih
dan rebus hingga masak,sudah masak cepat tuangkan air sejuk pada telor yg di
rebus,ini akan membuat telor kuning didalam kuning nya cantik.kopek letak tepi
dahulu
2. Cili merah 6 biji
3. Cili padi merah 10 biji
4. Kunyit hidup 1 ketul
5. Bawang besar 1 biji
6. Halia 2 inchi
7. Bawang puteh 8 biji
8. Garam 1 sudu kecil
9. Air tapis ½ cawan
10.
Blend
halus semua N02-N09
11.
Minyak ½
cawan
12.
Biji
sawi 1 camca besar
13.
Cuka ½ cawan
14.
Bawang
besar 1 biji di belah 2 dan dihiris nipis
15.
Air
tapis 2 cawan
CARA MENUMIS
Panas minyak
tumiskan biji sawi dan bawang besar hiris hingga layu,kemudian masukan bahan
blend masak hingga naik minyak,kemudian masukan cuka dan air tapis,sudah
menidih masukan telor yg telah di kopek,masak hingga menidih lagi.sedap dimakan
dengan nasi panas2 bersama ikan pekasam goreng.
No comments:
Post a Comment