MEE REBUS KACANG KUDA
BAHAN2
1. Tulang daging direbus dengan presure cooker
bersama daun pandan,bawang besar 6 biji,tomato biji 5 biji,sedikit garam,cube
lembu 2 pcs,dan air ¾ periuk, rebus
hingga empuk .
2. Kacang kuda 2 cawan direndam satu malam dan
direbus hingga kembang,kemudian blend letak tepi dahulu
3. Tomato puree 2 tin sederhana
4. Minyak untuk tumis 1 cawan
5. Bawang merah hiris 10 biji
6. Bawang puteh tumbuk kasar 10 ulas
7. Cili mesin 2 cawan
8. Mee kuning 4 kilo
9. Tauge ½ kilo
10.
Tahu
goreng di goreng 10 keping di garamkan
dan gaul bersama bawang puteh tumbuk halus sudah goreng baru potong kecil untuk
tabur diatas mee
11.
Sambal
tumis sotong kembang 5 ekor
12.
Daun
sup daun bawang hiris
13.
Limau
nipis potong
14.
Daun
salad hiris
15.
Hirisan
cucur udang rangup
16.
Telor
rebus
CARA MENUMIS KUAH MEE KACANG KUDA
Panaskan minyak tumiskan bawang merah dan bawang puteh hingga garing,kemudian masukan cili mesin,masak hingga naik minyak kemudian masukan tomato puree masak lagi hingga naik baunya,kemudian masukan kacang kuda yg sudah di blend masak hingga mendidih kemudian tuang kedalam sup tulang, rasa garamnya jika suka kuahnya manis sikit letak sedikit gula.
CARA MEMASAK MEE NYA
BAHAN2
1. Minyak 1 cawan
2. Bawang puteh tumbuk kasar 10 biji
3. Lada puteh serbuk ½ sudu kecil
4. Tauge 1 kilo
5. Sedikit garam
6. Tumix 1 sudu kecil
Tumis bawang
merah dan bawang puteh hingga garing,masukan mee kacau rata,tabur sedikit lada
puteh serbuk,tumix dan sedikit garam
akhir sekali masukan tauge kacau rata.
SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG
BAHAN2NYA
1. Sotong kembang 5 ekor di buang tulang
tengahnya dan dipotong 4 segi dan janggutnya jangan di potong biar panjang.
2. Bawang merah 10 ulas
3. Belacan melaka sedikit
4. Garam sedikit
5. Blend sehingga halus no 2 hingga no 5
6. Minyak untuk tumis ½ cawan
7. Gula 1 camca besar
8. Air asam jawa pekat ½ cawan
9. Tumix 1 sudu kecil
CARA MENUMIS SAMBAL
Panaskan minyak
goreng gula hingga kuning masukan bahan blend hingga wangi kemudian masukan
cili mesin,air asam jawa,tumix dan garam
masak sehingga naik minyak.baru masukan sotong,masak sehingga sotong masak.
CUCUR UDANG RANGGUP
BAHAN2NYA
1. 1 cawan tepung gandum
2. ¼ cawan tepung beras
3. 2 camca besar tepung cake
4. 2 camca tepung jagung
5. Udang kering ½ cawan
6. Udang hidup di buang kulitnya di hiris 3
7. Bawang besar 2 biji di blend bersama udang
kering dan sedikit garam
8. Air tapis secukupnya
Satukan semua
tepung masukan bahan blend dan air kacau rata jangan pekat atau cair, akhir
sekali masukan udang hidup yg di hiris.goreng nipis dalam minyak yg banyak
hingga ranggup kemudian hiris untuk tabur di atas mee.
CARA MENGHIDANG MEE
1. Mee goreng
2. Kuah mee dan tulang
3. Tabur daun salad hiris
4. Tahu potong
5. Bawang goreng
6. Daun sup daun bawang hiris
7. Telor rebus
8. Sambal tumis sotong
9. Hirisan cucur udang ranggup
10.
Limau
hiris
11.
Makanlah
sewaktu masih panas
No comments:
Post a Comment