DAGING DENDENG NANNY PAH
BAHAN2NYA
1. Daging Isi 2 Kilo,Jangan Di Potong Dulu,Direbus Dengan
Sedikit Garam, Daun Pandan,2 Batang Serai Ketuk,2 Inci Lengkuas Ketuk,2 Inci
Halia Ketuk,2 Helai Daun Salam,Cili Padi Merah 10 Biji.
2. Anggaran Empuk Angkat Di Hiris Besar Jangan Nipis
Sangat Nanti Hancur,Kemudian Lapik Plastik Dan Tumbuk2 Sikit
3. Gaul Dengan Kunyit Hidup 1 Ketul,Bawang Puteh 5 Biji
Dan Ketumbar Biji 2 Sudu Kecil Hingga Rata Dan Goreng Hingga Garing Dalam
Minyak Yg Banyak Dan Panas.Angkat Letak Tepi Dahulu.
4. Bawang Puteh 10
Ulas Ditumbuk Kasar
5. Bawang Merah 20 Biji Di Hiris Nipis
6. Semua Bahan No 4 –No 5 Yg Di Hiris Digoreng Hingga
Garing Dengan Minyak Bekas Goreng Daging Tadi,Angkat Letak Tepi Dahulu.
7. Keluarkan Cili Padi Yg Direbus Bersama Daging,
Ditumbuk Tadi, Campur Cili Merah 10 Biji Tumbuk Kasar2 Sikit Jangan Halus
Sangat,Letak Sedikit Garam.
8. Air Asam Jawa 2 Camca
9. Tomato 2 Biji Diblend Halus
10.
Tumix 1 Sudu
Kecil
11.
1 Sudu Kecil Gula
CARA MEMASAK DENDENG
Panaskan Minyak Bekas
Goreng Daging Tumiskan Cili2 Tumbuk Hingga Garing,Tomato Blend,Air
Asam,Tumix,Gula Dan Masak Hingga Naik Minyak Dan Kering Sikit,Masukan Daging
Goreng Dan Bawang Merah,Bawang Puteh Yang Digoreng Dahulu Tadi.Kacau Hingga Rata Daging Yg Telah
Digoreng Tadi,Sudah Rata Dan Nampak Berpalut Ramuan Tumis ,Boleh Lah Dipadam
Api.Sudah Sedia Dimakan Dengan Nasi Panas Ata Diratah Sahaja.
No comments:
Post a Comment