Thursday, April 18, 2013

MEE KUAH TOMATO MAMA SPECIAL




MEE KUAH TOMATO MAMA
BAHAN2NYA
1.   Mee Kuning 5 Bungkus
2.   3 Helai Daun Pandan Disiat Disimpul Ikat Dan Masukan Kedalanm Daging Rebus
3.   Air Tapis ¾ Periuk Untuk Rebus Daging.
4.   Garam 1 Camca Besar
5.   Daging Fillet 2 Kilo Jangan Di Potong Dulu,Daging Direbus Dengan Garam,Hingga Empuk Angkat Dan Dihiris Nipis Dan Letak Tepi Dahulu.
6.   Udang Hidup Laut 2 Kilo(Kopek Kulit Dan Kepala Udang) Jangan Di Buang,Goreng Garing Dengan Sedikit Minyak Dan Garam Kemudian Diblend Halus Dengan Sedikit Air Tapis, Di Tapis Ambil Patinya Untuk Dijadikan Air Stok Udang,Isi Udang Dibuang Tahinya Ditengah.Digoreng Sebentar Dengan Sedikit Minyak Dan Garam,Angkat Letak Tepi Dahulu.
7.   Sotong 2 Kilo,Di Buang Kulitnya Dan Kepalanya Yg Ada Keras Picit Keluar,Buang Hitam Sotong Supaya Kuah Tidak Hitam,Dan Tulang Tengah,Basuh Bersih,Kemudian Dipotong Dua Dan Di Kelar2 Badanya.Rebus Sebentar Didalam Kuah Daging.Angkat Dan Letak Tepi Dahulu.
8.   Rebus Telor Omega 15 Biji,Sewaktu Panas Cepat2 Jurus Air Supaya Telor Kuning Nampak Cantik.Kemdian Kopek Dan Belah 2 Letak Di Pinggan Hidangan.
9.   Tahu 10 Biji Digaramkan Kemudian Goreng Garing Dan Belah 10 Letak Dipinggan Hidangan
10.                     Bawang Kecil Campur Bawang Puteh Di Hiris Nipis Dan Digoreng Kuning Untuk Buat Bawang Goreng,Goreng Bawang Dalam Minyak Yang Banyak Dan Jangan Hangus Biar Kuning Sahaja
11.                     Limau Nipis 5 Biji Dibasuh Bersih Digelek Dulu Baru Dipotong Nipis Untuk Perahan Di Mee,Letak Di Piring Hidangan.
12.                     Daun Bawang Daun Sup 3-4 Pokok Dibasuh Bersih Dan Hiris Untuk Tabur Diatas Mee,Letak Di Piring Hidangan.
13.                     Cili Padi Hijau Dan Cili Padi Merah 30 Biji Di Basuh Bersih Dan Hiris Kecil,Gaul Dengan Garam Dan Cuka Untuk Buat Cili Jeruk Letak Di Tupperware Bertutup.
14.                     Tomato Biji Yg Merah2 8 Biji,Sebiji2 Direbus Dengan Daging.
15.                     Kentang 8 Biji Dikopek Direbus Dengan Daging Sebiji2
16.                     8 Biji Bawang Besar Yg Kecil Di Kopek Kulitnta Di Rebus Dengan Daging
17.                     10 Biji Bawang Puteh Kopek Sebiji2 Di Rebus Dengan Daging
18.                     Tomato Prego 1 Botol Kaca Yg Besar
19.                     Cube Ayam/Daging 2 Ketul
20.                     Lada Sulah 1 Sudu Kecil
21.                     Cili Mesin Dari Cili Kering Kerinting Yang Panjang2  Diblend Halus Buang Bijinya Sebanyak 1 ½ Cawan.
22.                     Minyak Masak Naturelle 
  1 Cawan Untuk Tumis Bahan2 Tumis
23.                     15 Biji Bawang Puteh Tumbuk Kasar2
24.                     10 Biji Bawang Merah Hiris

CARA MEMASAK MEE KUAH TOMATO MAMA
Rebus Daging Fillet Bersama Bawang Besar,Bawang Puteh,Kentang,Tomato,Dan Air Tapis ¾ Periuk Serta Garam 1 Camca Besar.Kemudian Masukan Sotong Yg Telah Di Kelar2.Angkat Keluar Sotong Yg Telah Di Kelar2, Cepat2 Letak Di Pinggan Hidang.

Apabila Sudah Empuk Daging, Keluarkan Daging Dan Hiris Nipis2,Letak Di Pinggan Hidangan,Dan Kaup Semua Bahan2 Yg Direbus, Bawang Besar,Bawang Puteh,Tomato,Dan Kentang,Blend Semua Dengan Air Tapis Sejuk Hingga Halus,Kemudian Tuang Balik Kedalam Periuk Rebusan Daging.

BAHAN2 UNTUK TUMIS KUAH MEE TOMATO MAMA
BAHAN2NYA
1.   Minyak Naturell 1 Cawan
2.   15 Biji Bawang Puteh Tumbuk Kasar2
3.   10 Biji Bawang Merah Hiris
4.   Udang 5 Ekor Dulu Untuk Bangkitkan Bau Udang Di Kuah Di Tumis Garing.
5.   1 ½ Cawan Cili Mesin
6.   Sudah Naik Minyak Masukan Tomato Prego
7.   Sudah Naik Minyak Masukan Air Stok Udang,Tomato Prego,Masak Hingga Betul2 Naik Minyak Baru Dituangkan Kedalam Air Rebusan Daging.Dan Masukan Cube Dan Lada Sulah.Rasa Garamnya.Akhir Sekali Masukan Daun Sup 2 Pokok Disimpul Ikat Untuk Wangikan Kuah.
Sudah Siap Kuahnya.

BAHAN2 UNTUK MEE SAMA ADA DICELUR ATAU DI GORENG
BAHAN2NYA
UNTUK CELUR
1.     Masak Air Dan Daun Pandan 1 Helai  Hingga Mendidih,Baru Masukan Mee, Rebus Sebentar Jangan Lama2 Nanti Kembang,Jurus Air Sejuk Dan Toskan Hingga Kering,Lerai2kan Dulu Baru Masukan Ke Pinggan Hidangan

UNTUK GORENG
1.     Sedikit Minyak Masak Untuk Tumis Mee
2.     Bawang Puteh Tumbuk Kasar2 6 Biji
3.     Sedikit Udang Hidup Kopek Kulitnya
4.     Lada Sulah ½ Sudu Kecil
5.     Cuka 1 Camca Besar
6.     Tumix 1 Sudu Kecil
7.     Secukup Garam
8.     Sedikit Air Untuk Ratakan Mee
9.     Tauge Secukupnya
10.                        Sayur Bak Choy Di Potong Kecil2
Panas Minyak Tumis Bawang Puteh Tumbuk Hingga Garing,Masukan Udang,Kemudian Masukan Lada Sulah,Garam,Tumix Cuka Dan Mee Kuning Dan Masukan Sedikit Air Untuk Rata Dan Lembutkan Mee Kuning.Akhir Sekali Masukan Tauge Dan Bak Choy.Balik2 Hingga Rata Dah Boleh Padam Api.

CARA HIDANG MEE
1.     Masukan Mee Di Mangkok
2.     Tuang Kuahnya
3.     Taburkan Daging Hiris
4.     Taburkan Udang Goreng
5.     Taburkan Sotong Kelar Yg Telah Direbus Sebentar
6.     Tahu Goreng
7.     Telor Rebus
8.     Daun Sup Daun Bawang Hiris
9.     Limau Nipis
10.                        Cili Padi Jeruk
11.                        Bawang Goreng
12.                        Camca Garpu,Dah Boleh Makan Panas2 Sejuk Tak Sedap.

No comments:

Post a Comment