NASI MINYAK
BAHAN2NYA
1. Beras pusa 5 cawan di basuh bersih dan
direndam bersama 2 camca cuka satu jam
sebelum masak
2. Halia 3 inchi
3. Bawang puteh 10 ulas
4. Bawang besar 3 biji
5. Garam 1 camca besar
6. Yogurt 1 pack
7. Badam 10 biji direndam dan di kopek kulitnya
8. Gajus 10 biji
9. Lada padi hijau 15 biji
10.
1 biji
limau nipis diperah ambil airnya.
11.
Susu
cair secukup untuk blend bahan dari no 2 – no 11 hingga halus
BAHAN2 UNTUK TUMIS NASI
12.
Bawang
merah 10 ulas dihiris
13.
Bawang
puteh 6 ulas dihiris
14.
Kismis
kuning ½ cawan
15.
Buah
pelaga 8 biji
16.
Bunga
cengkih 8 biji
17.
Kulit
kayu manis 2 batang
18.
Bunga
lawang 1 kuntum
19.
Lada
hitam biji ½ sudu kecil
20.
Minyak
sapi 4 camca
21.
Minyak
sayur naturelle 1 cawan
22.
Daun
pandan 3 helai disiat2 dan di simpul ikat
23.
Daun
salam 3 helai.
24.
2 pokok
daun ketumbar di simpul ikat
25.
Sejemput
daun pudina untuk tabur diatas nasi
26.
Air
mawar ½ cawan
Panaskan minyak
dan minyak sapi,tumiskan daun pandan dan daun salam,kemudian masukan bawang
merah hiris dan bawang puteh hiris kelengkap daging,dan lada hitam,kismis,masak
hingga garing dan masukan bahan blend.kacau rata kemudian masukan beras yg
sudah di toskan tadi,kacau rata dan sukat air ikut sukatan beras campur dengan
baki susu tadi,panaskan air dahulu biar hingga mendidih baru masukan beras yg
telah di tumis tadi.dan masak nasi ikut cara biasa.Bila hampir kering masukan
air mawar,daun ketumbar dan daun pudina.apabila nasi sudah kering ambil garfu
besar untuk kacau nasi hinga berderai supaya tidak melekat dan berketul.
No comments:
Post a Comment