Thursday, April 18, 2013

THOSEI NANNY PAH




THOSEI NANNY PAH
BAHAN2NYA
1.     Beras 3 Cawan Basuh Bersih Di Rendam Satu Malam
2.     2 Cawan Kacang Hitam Ulundu Yg Sudah Buang Kulitnya,Ada Jual Dikedai Mamak.Semua Basuh Bersih Dan Direndam Satu Malam
3.     ½  Cawan Kacang Dal Kasar Basuh Bersih Direndam Satu Malam
4.     ½  Cawan Kacang Dal Thoor Yg Kecil Dibasuh Bersih Direndam Satu Malam
5.     1 ½ Camca Besar Di Basuh Bersih Dan Direndam Satu Malam
6.     Nasi Sejuk 1 Cawan
7.     3 Sudu Kecil Mauripan Atau Yeast
8.     1 Sudu Kecil Garam
9.     Secukup Air Untuk Blend Semua Bahan Yg Direndam,Termasuk Yeast Dan Garam.Masuk Kedalam Bekas Besar Untuk Peram Semalaman Hingga Pagi,Baru Boleh Di Bakar,Tekture Adalah Saperti Bancuhan Kueh Dadar. Jangan Pekat Dan Cair Sangat.

KUAH DAL CICAH THOSEI

BAHAN2NYA
1.     Kacang Dal Dal Kasar 1 Cawan Direndam Satu Malam
2.     Kacang Dal Thoor,Yang Size Kecil,1 Cawan Direndam Satu Malam
3.     1 Camca Besar Kunyit Serbuk Babas
4.     2 Camca Besar Jintan Puteh Serbuk
5.     ½ Camca Besar Garam
6.     1 Helai Daun Pandan Simpul Ikat
7.     Kentang 4 Biji Potong 12 Ketul
8.     Carrot 1 Biji Belah 4 Dipotong Kecil
9.     Terung 1 Biji Dibelah 4 Di Potong Kecil
10.                      Tomato 2 Biji Di Potong 10
11.                      Cili Padi Merah 10 Biji Biar Sebiji2
12.                      1 Pc Cube Ayam
13.                      Secukup Air Untuk Jadikan Kuah Dal
14.                      Bawang Merah Hiris 5 Biji
15.                      Bawang Puteh Hiris 5 Biji
16.                      1 Inchi Halia Di Hiris Halus Kecil2
17.                      Buah Pelaga 5 Biji
18.                      Bunga Cengkeh 5 Kuntum
19.                      Bunga Lawang 1 Kuntum
20.                      Kulit Kayu Manis 1 Keping
21.                      1 Sudu Kecil Jintan Manis Biji
22.                      3 Biji Cili Kering Di Hiris2 Serong
23.                      Daun Kari 2 Helai Dilurut Ambil Daunya Sahaja
24.                      Minyak Sapi 2 Camca
25.                      Minyak Sayur ¼ Cawan
26.                      Daun Ketumbar 1 Pokok Disimpul Ikat Dengan Akar2nya

CARA MEMASAK KUAH DAL
REBUS DAL KASAR,DAL HALUS,DAUN PANDAN SIMPUL IKAT, DENGAN 1 CAMCA KUNYIT SERBUK BABAS,GARAM HINGGA EMPUK,BILA EMPUK, KAUP SEPARUH BLEND DAN MASUK KEMBALI DAN REBUS DENGAN KENTANG, CARROT, TERUNG, TOMATO DAN CILI PADI SEBIJI HINGGA BETUL2 EMPUK ,MASUKAN JINTAN PUTEH SERBUK DAN CUBE AYAM 1 PC,DAUN KETUMBAR SIMPUL IKAT,DAN SECUKUP AIR UNTUK JADIKAN KUAHNYA.

BAHAN2 TUMIS DARAT
PANASKAN MINYAK DAN MINYAK SAPI,TUMISKAN BAWANG MERAH,BAWANG PUTEH,BUNGA CENGKIH,BUAH,PELAGA,KAYU MANIS,BUNGA LAWANG,JINTAN MANIS BIJI,DAUN KARI DAN CILI KERING YG DIHIRIS SERONG.TUMIS HINGGA GARING,KEMUDIAN TUANG KEDALAM DAL YG DIREBUS EMPUK TADI.TUTUP CEPAT SELEPAS TUANG BAHAN TUMIS UNTUK SIMPAN BAU WANG TUMISAN ITU.

CHUTNEY
BAHAN2NYA
1.     1 Biji Kelapa Parut Puteh
2.     20 Biji Cili Padi Hijau
3.     Halia Muda 2 Inchi
4.     Bawang Besar Yg Kecil Sikit 2 Biji
5.     Daun Kari 5 Helai Ambil Daunya Sahaja
6.     Daun Ketumbar Dengan Akar2nya 2 Pokok
7.     Daun Pudina 3 Pokok Petik Daunnya Sahaja
8.     3 Biji Air Perahan Limau Nipis
9.     ½ Camca Besar Garam
10.                        1 Packet Santan Dan Blend Dengan Bahan2 Di Atas Dengan Kelapa Sehingga Halus

BAHAN2 UNTUK TUMIS
1.     Sedikit Minyak Untuk Tumis
2.     1 Camca Besar Biji Sawi
3.     1 Helai Daun Kari Dilurutkan
4.     2 Biji Cili Kering Di Hiris Serong2
5.     Tumis Semua Bahan Dan Tuang Kedalam Kelapa Blend Dan Masak Hingga Mendidih Supaya Sambal Ini Tak Cepat Basi,Sungguh Sesuai Dimakan Dengan Thosei,Nasi Kandar,Nasi Dal Dan Pelbagai Yg Lain.
Tulu
1.       KACANG DAL MERAH ATAU DAL BIASA 3 CAMCA,DIBASUH BERSIH DISANGAI SEHINGGA KERING.
2.       6 CILI KERING DI POTONG KECIL DIBASUH BERSIH DI SANGAI HINGGA KERING,DAN BLEND HALUS DENGAN KACANG DAL SANGAI TADI MASUKAN GARAM SECUKUP RASA,SIMPAN DALAM TUPPERWARE TUTUP RAPAT.CICAH THOSEI,RASA MACAM MAKAN THOSEI DULU KALA.

No comments:

Post a Comment