Tuesday, April 30, 2013

SAMBAL KELAPA




SAMBAL KELAPA

BAHAN2NYA
1.  1 biji kelapa puteh
2.  Halia 3 inchi
3.  Bawang besar 1 biji
4.  Cili merah 6 biji
5.  Cili padi merah 10 biji
6.  Daun kari 1 helai ambil daunnya sahaja
7.  Daun pudina 10 helai
8.  Daun ketumbar 1 pokok
9.  Air perahan limau nipis 1 biji
10.   Garam 1 sudu kecil
11.   Air asam jawa pekat ½ cawan
12. 1 cawan santan pekat

Masuk semua bahan kedalam blender,blend dengan santan sehingga halus,rasa asam garamnya
1 camca minyak tumiskan sedikit biji sawi,kemudian masukan bahan2 blend dan masak sehingga kering sikit supaya boleh dikepal2.
Sesuai dimakan dengan nasi kandar,nasi dal,nasi minyak,thosei,capati atau roti canai.


Monday, April 29, 2013

DAGING HITAM KANDAR




DAGING HITAM KANDAR

BAHAN2NYA


1.1 kilo daging fillet dipotong 18,dibasuh bersih

2. Halia 3 inchi

3. Bawang besar 3 biji

4. Bawang puteh 10 ulas

5. Lengkuas 3 inchi

6. Sedikit garam untuk rasakan daging,jangan banyak sebab ada kicap.

7.Air tapis ¼ cawan untuk bahan blend

8.Blend halus semua bahan N02-N07 dan perap pada daging

9.Rempah babas 1 cawan

10.Jintan manis serbuk 2 camca

11.Jintan puteh serbuk 2 camca besar

12.Cili serbuk 2 camca

13.Kas kas serbuk  1 camca besar

14.Serbuk biji pala 1 sudu kecil

15.Tomato biji 5 biji dibelah 4

16.Kicap lemak manis jalen ½ cawan

17.2 camca kicap pekat untuk hitamkan kuah

18.Santan pekat  ½ cawan

19.Asam keping 2 keping

20.Tumix 1 sudu kecil

21.Bawang merah 5 biji di hiris

22.10 biji bawang besar diblend untuk tumis hingga garing

23.Bawang puteh 6 ulas dihiris

24.Kulit kayu manis 2 batang yg kecil

25.Bunga lawang 2 kuntum

26.Bunga cengkih 8 kuntum

27.Buah pelaga 8 biji

28.Daun pandan 3 helai di simpul ikat

29.3 helai daun kari

30.Serai 3 batang di ketuk2

31.Minyak 1 cawan untuk tumis bahan

32.2 camca minyak sapi

33.Tomato puree tin kecil

34.Air tapis 4 cawan untuk lembutkan daging

35.Beberapa helai daun pudina untuk tabur diatas lauk.

36.Daun ketumbar 2 pokok di simpul ikat dengan akar2nya

37.Kerisek 2 biji kelapa



CARA MEMASAK DAGING KANDAR


Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan serai,daun kari dua helai,bawang merah,bawang puteh,dan kelengkap daging,hingga garing masukan bahan2 rempah,rempah babas,cili serbuk,jintan puteh,jintan manis,kas kas,serbuk pala dan bawang besar blend, santan pekat masak sehingga naik minyak baru masukan daging perap,tomato biji,kicap Jalen,dan kicap pekat,tomato puree,campakan daun ketumbar yg disimpul ikat, dan tambah air untuk empukan daging.Masak hingga betul2 daging empuk,kemudian masukan kerisik.Akhir sekali ramas2 sikit daun kari yg satu helai lagi, dan tabur daun pudina.



·    Sedap dimakan dengan Kari Ikan Nanny Pah dan Sambal Kelapa. Jika ada Kari Udang,Sotong,Korma Ayam akan melengkapkan lauk Nasi Kandar