Monday, June 10, 2013

KARI IKAN ORIGINAL SAPERTI REMPAH GILING




KARI IKAN ORIGINAL SAPERTI REMPAH GILING

BAHAN2NYA
1.     Cili Mesin 1 Cawan
2.     Kunyit Hidup Satu Ketul
3.     Ketumbar Biji 4 Camca
4.     Jintan Puteh Biji 4 Camca
5.     Bawang Merah 6 Ulas
6.     Bawang Puteh 6 Ulas
7.     Lada Hitam Biji ½ Sudu Kecil
8.     Air Tapis ½ Cawan
Basuh Bersih Semua Rempah,Rendam  Rempah No 3- No 7 Dengan Air Panas ,Kemudian Blend Halus No 1 – Hingga No 8 Kemudian Tapis Ambil Patinya, Blend Lagi Sehingga Dapat Semua Patinya.Saring Lagi Sampai Habis Semua Patinya.Boleh Tambah Air Jika Perlu.

Ikan Basuh Bersih Dengan Garam Asam,Saperti Ikan Nyuk2,Ikan Jenahak,Ikan Senangin,Ikan Kurau Atau Apa Ikan Kegemaran.


BAHAN TUMIS
1.     Bawang Merah Hiris 6 Ulas
2.     Bawang Puteh 6 Ulas Di Hiris
3.     2 Helai Daun Kari Hijau Lurut Ambil Daunya Sahaja
4.     ½ Sudu Kecil Halba
5.     1 Sudu Kecil Biji Sawi
6.     Minyak Sayur Untuk Tumis ½ Cawan


BAHAN2 TAMBAHAN
1.     Air Asam Jawa Pekat 1 Cawan
2.     Santan Ori 1 Cawan
3.     Tomato Biji 2 Biji Di Belah 2
4.     Kacang Bendi Muda Yg Kecil2  12 Biji,Basuh Dulu Sebelum  Potong Hujungnya Sahaja,Elak Kuah Dari Berlendir
5.     Daun Ketumbar 2 Pokok Dengan Akarnya Di Simpul Ikat\
6.     Cili Hijau Muda 5 Biji,Di Raut2 Hujungnya Di Belah Tengah Jangan Putus
7.     Jika Kurang Rasa Asamnya Boleh Lah Di Tambah 2 Keping Asam Keping.
8.     Garam Secukup Rasa.
9.     1 Helai Daun Kari Hijuau Di Lurut Ambil Daunya Di Ramas2 Sikit


CARA MENUMIS KARI
Panaskan Minyak,Tumiskan Bawang Merah Dan Bawang Puteh Hiris,Daun Kari,Halba Dan Biji Sawi,Hingga Garing Masukan Pati Rempah Yang Telah Di Saring,Masak Sehingga Naik Minyak,Masukan Air Asam Jawa Dan Garam,Rasa Jika Kurang Asamnya Masukan Asam Keping,Biar Menidih Masuk  Kan,Santan, Ikan Yg Telah Dibersihkan,Sudah Menidih  Dan Ikan Masak Masukan Tomato,Bendi,Cili Hijau,Daun Ketumbar Simpul Ikat Dan Akhir Sekali Masukan 1 Helai Daun Kari Di Ramas2 Sikit Supaya Bangkit Bau Kari Yg Wangi.Cepat2 Padam Api Nanti Bendi Benyai Jika Di Biar Lama.

Sedap Dimakan Dengan Nasi Panas2 Dan Sambal Belacan Tempoyak.

No comments:

Post a Comment