Thursday, June 27, 2013

PASEMBUR NANNY PAH








PASEMBUR NANNY PAH

BAHAN2NYA
1.      KUAH PASEMBUR

2.       TAHU BESAR YG LEMBUT DIGARAMKAN DAN DIGORENG 3 BIJI DI BELAH 8

3.       CUCUR UDANG RANGUP SIKIT DI GORENG GARING,DIHIRIS

4.       CUCUR KELAPA SIKIT DI HIRIS

5.       KENTANG REBUS 2 BIJI DI POTONG 10

6.       SOTONG KEMBANG 1 EKOR DIGORENG DENGAN CILI SERBOK DAN GARAM SEKEJAP DI POTONG KECIL

7.       TELOR REBUS 3 BIJI BELAH 4

8.       SALAD 2 POKOK BASUH BERSIH DI HIRIS

9.       CILI HIJAU 2 BIJI BASUH BERSIH KEMUDIAN DI HIRIS SERONG.

10.   BAWANG BESAR 1 BIJI BELAH 6 KEMUDIAN KOYAK SEKEPING2

11.   TIMUN HIRIS ¼ BIJI DI SAGAT(JANGAN BUANG KULITNYA)

12.   SENGKUANG HIRIS ¼ BIJI DIBUANG KULITNYA DAHULU,JANGAN SEMUA KEMUDIAN DI SAGAT

13.   TAUGE 1 CAWAN YG DI PETIK EKOR BUANG HITAMNYA,DI SANGRAI SEKEJAP JANGAN LAYU SANGAT.

14.   SERBUK UDANG JERAGAU GORENG UNTUK TABUR ATAS PASEMBUR UNTUK BANGKITKAN BAUNYA

15.   BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTEH GORENG.



CARA HIDANGAN PASEMBUR

SEDIAKAN PINGGANG HIDANGAN,LETAKAN DAUN SALAD HIRIS,TAUGE,TIMUN,DAN SENGKUANG SAGAT,TAHU GORENG,CUCUR UDANG RANGUP HIRIS,CUCUR KELAPA HIRIS,KENTANG REBUS,TELOR REBUS DI BELAH 4.AKHIR SEKALI.TUANG KUAH PASEMBBUR KEMUDIAN TABUR KAN UDANG JERAGAU SERBUK,BIJAN GORENG,BAWANG GORENG DAN KACANG TANAH  SERBUK.



KUAH PASEMBUR

1.      KELEDEK KUNING 2 BIJI DIREBUS HINGGA EMPUK DENGAN 2 HELAI DAUN PANDAN DAN SEDIKIT GARAM

2.      ½ CAWAN KACANG DAL(UNTUK PEKATKAN KUAH) DIREBUS EMPUK DI BLEND HALUS BERSAMA KELEDEK EMPUK

3.      UDANG KERING 3 CAMCA DISANGRAI DAN DI BLEND KERING

4.      KACANG BAKAR DI BLEND ½ CAWAN

5.      BAWANG MERAH HIRIS 5 ULAS

6.      BAWANG PUTEH 5 ULAS DITUMBUK HALUS

7.      SERBUK CILI BABAS 4 CAMCA BESAR(JIKA SUKA PEDAS BOLEH TAMBAH LAGI)

8.      SEDIKIT PEWARNA ORANGE UNTUK CANTIKAN KUAH

9.      SECUKUP RASA GARAM ATAU KICAP

10.  AIR ASAM JAWA PEKAT ½ CAWAN

11.  KACANG TANAH SERBUK ½ CAWAN

12.  4 CAMCA GULA MERAH/PUTEH

13.  SECUKUP AIR TAPIS UNTUK JADIKAN KUAH JANGAN CAIR DAN JANGAN PEKAT SANGAT

14.  TUMIX 1 SUDU KECIL

15.  3 CAMCA BIJAN GORENG

16.  ½ CAWAN MINYAK



CARA MENUMIS KUAH PASEMBUR

PANASKAN MINYAK TUMISKAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTEH TUMBUK,KEMUDIAN MASUKAN GULA,MASAK HINGGA GULA CAIR,KEMUDIAN MASUKAN CILI SERBUK DAN AIR ASAM JAWA,MASAK LAGI HINGGA MENIDIH,KEMUDIAN MASUKAN KELEDEK BLEND,DAL BLEND,KACANG SERBUK,TUMIX,PEWARNA ORANGE UNTUK CANTIKAN KUAH DAN SECUKUP AIR ,RASA GARAMNYA,AKHIR SEKALI MASUKAN UDANG KERING BLEND DAN TABUR BIJAN GORENG.



CUCUR UDANG RANGGUP

*1 CAWAN UDANG KERTAS YG KECIK HALUS2 TU (BERSIHKAN BUANG KEPALA DAN JANGGUT NYE)

*1 BIJI BAWANG BESAR (MAYANG)

*1 GENGGAM TAUGEH

*1 CEKAK DAUN KUCAI DIPOTONG2 1 INCHI

*1 BIJI PUTIH TELUR

*1 CAMCA BESAR MINYAK MASAK

*1 SUDU KECIL CUKA

*1 SUDU KECIL SERBUK PASTI SEDAP KNORR

*3-4 SENDUK TEPUNG GANDUM (MENGIKUT KEPERLUAN)

*1 SUDU KECIL SERBUK KUNYIT (UNTUK WARNA)ATAU PEWARNA KUNING

*GARAM SECUKUP RASA

*AIR SECUKUPNYA

MINYAK YG BANYAK UNTUK MENGGORENG CUCUR.



·         MASUKKAN SEMUA BAHAN YG BERTANDA * DALAM BEKAS DAN GAUL SEBATI  SAMPAI TEPUNG MENYALUTI SEMUA BAHAN2

·         BILA SEMUA BAHAN DAH BERSALUT DENGAN TEPUNG MASUKKAN AIR SEDIKIT DEMI SEDIKIT BANCUH SAMPAI ADUNAN MENJADI LIKAT SAHAJA JANGAN TERLALU CAIR KALAU CAIR TAMBAH TEPUNG TAU. RASA GARAM KALAU TAK CUKUP TAMBAH DAN BARU LAH DIGORENG.

·         PANASKAN MINYAK (MENGGUNAKAN API YG PERLAHAN DAN KECIL SAJA TAU), GUNA SENDUK DAN LETAK ADUNAN DITEPI KUALI DAN LENYEK2 KAN SUPAYA DIA NIPIS DAN LETAK SEKOR UDANG DI ATASNYA, BILA CUCUR DAH AGAK GARING DIA AKAN SENANG NAK DIPISAHKAN DARI KUALI, BIARKAN BETUL2 GARING BARU TERBALIKKAN.INI UNTUK MENDAPATKAN CUCUR UDANG YG GARING DAN RANGUP.

·         BILA DAH GARING BARU TERBALIKKAN DAN MASAK SAMPAI SEBELAH LAGI GARING JUGA.



CUCUR KELAPA 

1.       BAWANG BESAR 2 BIJI

2.       BAWANG PUTEH 1 ULAS

3.       BAKING POWDER 1 SUDU KECIL

4.       GARAM SECUKUP RASA

5.       TUMIX 1 SUDU KECIL  

6.       AIR SECUKUPNYA UNTUK BLEND SEMUA BAHAN DIATAS DARI NO1- NO6



UNTUK BANCUHAN SUKATAN TEPONGNYA

1.       2 CAWAN TEPUNG GANDUM

2.       3 CAMCA TEPUNG CAKE

3.       1 CAMCA TEPUNG BERAS

4.       1 CAMCA TEPUNG JAGUNG

5.       AIR 1 ½  CAWAN AIR PANAS

6.       CILI PADI MERAH HIRIS HALUS,IKUT SUKA TAHAP MANA HENDAK KEPEDASAN NYA, MASUK KEDALAM BAHAN BLEND KACAU RATA.JANGAN DI BLEND LAGI.HANYA KACAU RATA SAHAJA.

7.       KEMUDIAN MASUKAN KELAPA,SEMUA TEPONG DAN SECUKUP AIR PANAS UNTUK JADIKAN CUCUR KELAPA,JANGAN CAIR SANGAT BUAT MACAM BANCUHAN SAPERTI CUCUR UDANG JUGA.JIKA PEKAT BOLEH DITAMBAH DENGAN AIR SEJUK.

8.       PANASKAN KUALI DAN LETAK MINYAK YG BANYAK, DALAM BENTUK LONJONG BUAT SAMPAI MEMENUHI KUALI DAN GORENG HINGGA GARING,TIP UNTUK SEDAPKAN CUCUR,APABILA GORENG,KENA SENANTIASA BALIK2AN CUCUR SUPAYA GARING SERATA.BILA SUDAH GARING POTONG BULAT DAN MASUKAN KE PINGGAN HIDANGAN UNTUK HIDANGAN PASEMBOR.

No comments:

Post a Comment