CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN(28-30BIJI
SEDANG KECIL )
UNTUK KULITNYA
2 biji keledek kuning saiz besar dikopek dan rebus
dengan 2 helai daun pandan,sewaktu panas cepat lenyek keledek itu,biar sejuk
baru uli dengan kedua2 tepong.
¾ cawan tepung gandum
¼ cawan tepong jagung
Sedikit Garam
UNTUK
INTI
1.
1 biji kelapa parut puteh
2.
½ cawan udang kering
3.
2 biji bawang besar
4.
5 batang serai
5.
1 ketul kunyit hidup
6.
½ cawan cili mesin
7.
8 biji cili padi merah
8.
3 camca besar jintan manis
9.
Garam secukup rasa
10.
4 camca besar gula puteh
11.
Blend semua bahan Dari No2 – No11 hingga
halus dengan seckup air.
12.
Minyak masak secukupnya untuk menumis
13.
Udang hidup yg kecil 1 cawan di buang kepala
dan kulitnya
14.
1 helai daun kunyit muda di buang tengah
tulangnya digulung dan hiris halus.
CARA-CARA
UNTUK
INTI:
Panas kan kuali,tumis bahan blend hingga
wangi,masukan udang hidup,dan kelapa parut puteh yg telah di blend halus dengan
sedikit santan pekat 1/2 cawan terlebih dahulu.Rasa garam dan manisnya.Masukan tumix 1
sudu kecil.Masak sehingga inti kelihatan kering sikit.Akhir sekali masukkan
daun kunyit yg di hiris halus2.
Lenyek keledek yg sudah empuk,biar sejuk dahulu
baru masukan kedua2 tepong,kemudian uli rata,Selepas itu buat doh kecil2 .
Ambil satu buat melengung. TIP:
semasa hendak membuat doh ini guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung
tak melekat , kerja pun cepat dan senang.
Letakkan inti dan tutup kembali. Jika suka boleh di
letak udang hidup kecil,tanpa buang kulit dan kepalanya,hanya potong sedikit
hujung ekornya dan kepalanya.Sebelum letak udang,bancuh sedikit tepong gandum
untuk buat gamnya supaya udang tak mudah tanggal dari cucurnya apabila cucur di
goreng,goreng cucur dalam minyak yg banyak dan api jangan kuat sangat takut
cepat hitam cucurnya.
Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di
santap
No comments:
Post a Comment