Saturday, June 22, 2013

AIR SIRAP SELASIH NANNY PAH UNTUK BULAN PUASA



AIR SIRAP SELASIH NANNY PAH UNTUK BULAN PUASA


BAHAN2NYA
1.    Gula Puteh 5 Cawan Di Sangrai Hingga Kuning,Kemudian Masukan Air 5 Cawan Dan 3 Helai Daun Pandan Disiat2 Simpul Ikat,Di Masak Hingga Hancur Gula,Kemudian Masukan ½ Sudu Kecil Essen Pisang Dan 1 Sudu Kecil Pewarna Merah,Kemudian Tapis Air Gula Ini Disimpan Dibotol
2.    Biji Selasih Direndam Ikut Suka Banyak Mana Yang Mahu.
3.    Air Ketul Ais Secukupnya
4.    Air Masak Atau Air Tapis Secukup Mana Yg Hendak Dibancuh Untuk Berbuka Puasa
5.    Selasih Bagus Bagi Orang Yang Mempunyai Penyakit Kencing Manis,Insomia,Dan Sembelit,Cuba Google Cari Khasiat Selasih Ada Banyak Khasiatnya.Selamat Berpuasa. 

NAK KONGSI KHASIAT BIJI SELASIH
1. Dapat mengurangkan panas badan.
2. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.
3  Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).
4. Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
7. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan  cairan berlebihan pada vagina.
 

No comments:

Post a Comment