Monday, June 24, 2013

DALCA TETEL



DALCA TETEL

BAHAN2NYA
1.       2 KILO DAGING TETEL DI POTONG KECIL DAN BASUH BERSIH

PERAP BAHAN BERIKUT KEPADA DAGING TETEL:-

2.       HALIA 3 INCHI

3.       BAWANG PUTEH 8 ULAS

4.       BAWANG BESAR 2 BIJI

5.       GARAM 1 CAMCA BESAR

6.       CILI PADI HIJAU 15 BIJI

7.       TAIRU 1 PACKET

8.       BLEND HALUS NO 2 – NO 7 PERAP PADA DAGING BERSIH DAN REBUS TETEL SEHINGGA EMPUK DI DALAM RICE COOKER BESAR,KEMUDIAN MASUKAN KACANG DAL KASAR DAN YG KECIL.

9.       KACANG DAL KASAR ½ CUP DIRENDAM SEMALAM

10.   KACANG DAL THOOR ½ CUP YG KECIL DI RENDAM SEMALAMAN

11.   KEMUDIAN MASUKAN KENTANG,CARROT DAN TERUNG MASAK SEHINGGA EMPUK,BARU MASUKAN BAHAN BLEND TAMBAHAN.

12.   KEMUDIAN MASUKAN AIR ASAM JAWA PEKAT 1 CAWAN



BAHAN2 BLEND TAMBAHAN

1.       GAJUS 10 BIJI

2.       BADAM 10 BIJI DIRENDAM DENGAN AIR PANAS DAN DIKOPEK

3.       DAUN PUDINA 5 POKOK PETIK AMBIL DAUNNYA SAHAJA

4.       DAUN KETUMBAR 3 POKOK DENGAN AKAR2NYA

5.       AIR MAWAR ½ CAWAN

6.       SUSU CAIR ½ TIN

7.       BLEND SEMUA SEHINGGA HALUS



BAHAN SAYURAN

1.      KENTANG 6 BIJI DIKOPEK BELAH 3 DIRENDAM

2.      CARROT 2 BIJI DI KOPEK KULITNYA DIBELAH 4 DIPOTONG 2 INCHI PANJANGNYA DI RENDAM

3.      TERUNG 3 BIJI DI BELAH 4 DI POTONG 2 INCHI DI RENDAM

4.      CILI MERAH 3 BIJI DIRAUT HUJUNGNYA DI BELAH DUA JANGAN PUTUS

5.      CILI HIJAU 3 BIJI DIRAUT HUJUNGNYA DI BELAH DUA JANGAN PUTUS

6.      TOMATO 3 BIJI DI BELAH DUA DI TENGAHNYA



BAHAN TUMIS

1.      MINYAK SAPI 3 CAMCA

2.      MINYAK SAYUR ½ CUP

3.      BAWANG MERAH 6 ULAS DI HIRIS

4.      BAWANG PUTEH 4 ULAS DI HIRIS

5.      BUNGA LAWANG 1 KUNTUM

6.      KULIT KAYU MANIS 1 BATANG

7.      BUNGA CENGKIH 8 KUNTUM

8.      BUAH PELAGA 8 BIJI

9.      REMPAH KARI DAGING BABAS 1 ½ CAWAN

10.  1 CAMCA KUNYIT SERBUK BABAS

11.  2 CAMCA SERBUK CILI BABAS

12.  DAUN KARI HIJAU 3 HELAI

13.  DAUN SALAM 3 HELAI

14.  SERAI KETUK 2 BATANG

15.  KISMIS 3 CAMCA UNTUK ELAKAN DALCA CEPAT BASI.

16.  SANTAN PEKAT 1 CAWAN



CARA MENUMIS DALCA

PANASKAN KUALI MASUKAN MINYAK SAYUR DAN MINYAK SAPI,TUMISKAN SERAI KETUK,DAUN KARI 2 HELAI,DAUN SALAM, BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTEH,KISMIS,SERTA SEMUA KELENGKAP DAGING,SUDAH GARING PADAM API,MASUKAN KUNYIT SERBUK,REMPAH DAGING,SERBUK CILI KACAU RATA,BUKA API CEPAT2 MASUKAN SANTAN PEKAT.MASAK SEHINGGA NAIK MINYAK TUANGKAN KEDALAM PERIUK REBUSAN DAGING TETEL.AKHIR SEKALI MASUKAN CILI MERAH,CILI HIJAU,TOMATO BIJI DAN 1 HELAI DAUN KARI FRESH DI RAMAS2 SIKIT.

SEDAP DI MAKAN BERSAMA NASI MINYAK,NASI BIRYANI,NASI TOMATO DAN NASI ARAB.

No comments:

Post a Comment