BAHAN2NYA
1.
KUAH PASEMBUR
2. TAHU
BESAR YG LEMBUT DIGARAMKAN DAN DIGORENG 3 BIJI DI BELAH 8
3. CUCUR
UDANG RANGUP SIKIT DI GORENG GARING,DIHIRIS
4. CUCUR
KELAPA SIKIT DI HIRIS
5. KENTANG
REBUS 2 BIJI DI POTONG 10
6. SOTONG
KEMBANG 1 EKOR DIGORENG DENGAN CILI SERBOK DAN GARAM SEKEJAP DI POTONG KECIL
7. TELOR
REBUS 3 BIJI BELAH 4
8. SALAD
2 POKOK BASUH BERSIH DI HIRIS
9. CILI
HIJAU 2 BIJI BASUH BERSIH KEMUDIAN DI HIRIS SERONG.
10. BAWANG
BESAR 1 BIJI BELAH 6 KEMUDIAN KOYAK SEKEPING2
11. TIMUN
HIRIS ¼ BIJI DI SAGAT(JANGAN BUANG KULITNYA)
12. SENGKUANG
HIRIS ¼ BIJI DIBUANG KULITNYA DAHULU,JANGAN SEMUA KEMUDIAN DI SAGAT
13. TAUGE
1 CAWAN YG DI PETIK EKOR BUANG HITAMNYA,DI SANGRAI SEKEJAP JANGAN LAYU SANGAT.
14. SERBUK
UDANG JERAGAU GORENG UNTUK TABUR ATAS PASEMBUR UNTUK BANGKITKAN BAUNYA
15. BAWANG
MERAH DAN BAWANG PUTEH GORENG.
CARA HIDANGAN PASEMBUR
SEDIAKAN PINGGANG HIDANGAN,LETAKAN DAUN SALAD HIRIS,TAUGE,TIMUN,DAN
SENGKUANG SAGAT,TAHU GORENG,CUCUR UDANG RANGUP HIRIS,CUCUR KELAPA HIRIS,KENTANG
REBUS,TELOR REBUS DI BELAH 4.AKHIR SEKALI.TUANG KUAH PASEMBBUR KEMUDIAN TABUR
KAN UDANG JERAGAU SERBUK,BIJAN GORENG,BAWANG GORENG DAN KACANG TANAH SERBUK.
KUAH PASEMBUR
1.
KELEDEK KUNING 2 BIJI DIREBUS HINGGA EMPUK DENGAN 2 HELAI DAUN PANDAN
DAN SEDIKIT GARAM
2.
½ CAWAN KACANG DAL(UNTUK PEKATKAN KUAH) DIREBUS EMPUK DI BLEND HALUS
BERSAMA KELEDEK EMPUK
3.
UDANG KERING 3 CAMCA DISANGRAI DAN DI BLEND KERING
4.
KACANG BAKAR DI BLEND ½ CAWAN
5.
BAWANG MERAH HIRIS 5 ULAS
6.
BAWANG PUTEH 5 ULAS DITUMBUK HALUS
7.
SERBUK CILI BABAS 4 CAMCA BESAR(JIKA SUKA PEDAS BOLEH TAMBAH LAGI)
8.
SEDIKIT PEWARNA ORANGE UNTUK CANTIKAN KUAH
9.
SECUKUP RASA GARAM ATAU KICAP
10. AIR ASAM JAWA PEKAT ½ CAWAN
11. KACANG TANAH SERBUK ½ CAWAN
12. 4 CAMCA GULA MERAH/PUTEH
13. SECUKUP AIR TAPIS UNTUK
JADIKAN KUAH JANGAN CAIR DAN JANGAN PEKAT SANGAT
14. TUMIX 1 SUDU KECIL
15. 3 CAMCA BIJAN GORENG
16. ½ CAWAN MINYAK
CARA MENUMIS KUAH PASEMBUR
PANASKAN
MINYAK TUMISKAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTEH TUMBUK,KEMUDIAN MASUKAN GULA,MASAK
HINGGA GULA CAIR,KEMUDIAN MASUKAN CILI SERBUK DAN AIR ASAM JAWA,MASAK LAGI
HINGGA MENIDIH,KEMUDIAN MASUKAN KELEDEK BLEND,DAL BLEND,KACANG SERBUK,TUMIX,PEWARNA
ORANGE UNTUK CANTIKAN KUAH DAN SECUKUP AIR ,RASA GARAMNYA,AKHIR SEKALI MASUKAN
UDANG KERING BLEND DAN TABUR BIJAN GORENG.
CUCUR UDANG RANGGUP
*1 CAWAN UDANG KERTAS YG KECIK HALUS2 TU (BERSIHKAN
BUANG KEPALA DAN JANGGUT NYE)
*1 BIJI BAWANG BESAR (MAYANG)
*1 GENGGAM TAUGEH
*1 CEKAK DAUN KUCAI DIPOTONG2 1 INCHI
*1 BIJI PUTIH TELUR
*1 CAMCA BESAR MINYAK MASAK
*1 SUDU KECIL CUKA
*1 SUDU KECIL SERBUK PASTI SEDAP KNORR
*3-4 SENDUK TEPUNG GANDUM (MENGIKUT KEPERLUAN)
*1 SUDU KECIL SERBUK KUNYIT (UNTUK WARNA)ATAU
PEWARNA KUNING
*GARAM SECUKUP RASA
*AIR SECUKUPNYA
MINYAK
YG BANYAK UNTUK MENGGORENG CUCUR.
·
MASUKKAN SEMUA BAHAN YG BERTANDA * DALAM BEKAS DAN
GAUL SEBATI SAMPAI TEPUNG MENYALUTI SEMUA BAHAN2
·
BILA SEMUA BAHAN DAH BERSALUT DENGAN TEPUNG
MASUKKAN AIR SEDIKIT DEMI SEDIKIT BANCUH SAMPAI ADUNAN MENJADI LIKAT SAHAJA JANGAN
TERLALU CAIR KALAU CAIR TAMBAH TEPUNG TAU. RASA GARAM KALAU TAK CUKUP TAMBAH
DAN BARU LAH DIGORENG.
·
PANASKAN MINYAK (MENGGUNAKAN API YG PERLAHAN DAN
KECIL SAJA TAU), GUNA SENDUK DAN LETAK ADUNAN DITEPI KUALI DAN LENYEK2 KAN
SUPAYA DIA NIPIS DAN LETAK SEKOR UDANG DI ATASNYA, BILA CUCUR DAH AGAK GARING
DIA AKAN SENANG NAK DIPISAHKAN DARI KUALI, BIARKAN BETUL2 GARING BARU
TERBALIKKAN.INI UNTUK MENDAPATKAN CUCUR UDANG YG GARING DAN RANGUP.
·
BILA DAH GARING BARU TERBALIKKAN DAN MASAK SAMPAI
SEBELAH LAGI GARING JUGA.
CUCUR KELAPA
1. BAWANG
BESAR 2 BIJI
2. BAWANG
PUTEH 1 ULAS
3. BAKING
POWDER 1 SUDU KECIL
4. GARAM
SECUKUP RASA
5. TUMIX
1 SUDU KECIL
6. AIR
SECUKUPNYA UNTUK BLEND SEMUA BAHAN DIATAS DARI NO1- NO6
UNTUK BANCUHAN SUKATAN
TEPONGNYA
1. 2
CAWAN TEPUNG GANDUM
2. 3
CAMCA TEPUNG CAKE
3. 1
CAMCA TEPUNG BERAS
4. 1
CAMCA TEPUNG JAGUNG
5. AIR
1 ½ CAWAN AIR PANAS
6. CILI
PADI MERAH HIRIS HALUS,IKUT SUKA TAHAP MANA HENDAK KEPEDASAN NYA, MASUK KEDALAM
BAHAN BLEND KACAU RATA.JANGAN DI BLEND LAGI.HANYA KACAU RATA SAHAJA.
7. KEMUDIAN
MASUKAN KELAPA,SEMUA TEPONG DAN SECUKUP AIR PANAS UNTUK JADIKAN CUCUR
KELAPA,JANGAN CAIR SANGAT BUAT MACAM BANCUHAN SAPERTI CUCUR UDANG JUGA.JIKA
PEKAT BOLEH DITAMBAH DENGAN AIR SEJUK.
8. PANASKAN
KUALI DAN LETAK MINYAK YG BANYAK, DALAM BENTUK LONJONG BUAT SAMPAI MEMENUHI
KUALI DAN GORENG HINGGA GARING,TIP UNTUK SEDAPKAN CUCUR,APABILA GORENG,KENA
SENANTIASA BALIK2AN CUCUR SUPAYA GARING SERATA.BILA SUDAH GARING POTONG BULAT
DAN MASUKAN KE PINGGAN HIDANGAN UNTUK HIDANGAN PASEMBOR.