Thursday, May 30, 2013

NASI LEMAK AJAIB GUNA BERAS BIASA




NASI LEMAK AJAIB(BERAS BIASA)

BAHAN2NYA
1.  4 CAWAN BERAS BIASA DIBASUH BERSIH SEBELUM RENDAM DAN MASUKAN CUKA 1 CAMCA BESAR

2.      REBUS AIR DALAM PERIUK BESAR KURANG ½ PERIUK,MASUKAN 5 HELAI DAUN PANDAN DISIAT2 SIMPUL IKAT BERSAMA 2 CAMCA BESAR GARAM DAN 1 CAMCA BESAR GULA,REBUS SEHINGGA ¾ MASAK(PARBOIL), SARING BUANG AIRNYA,MASUKAN BALIK DALAM PERIUK BERAS YG SUDAH DI SARING,KEMUDIAN GAULKAN DENGAN 1 CAMCA MINYAK ,GUNA GARFU,DAN SANTAN PEKAT 4 PACKET,(HARAP DAPAT GUNA SANTAN YANG ORIGINAL)KACAU RATA RASA GARAMNYA.

3.      SEDIAKAN MAGIC PAN,MASUK PARBOIL RICE YG SUDAH DIGAUL DENGAN SANTAN, ANGGARAN CUKUP UNTUK MASUKAN KEDALAM MAGIC PAN,MASUKAN 1 KEPING DAUN PISANG DI LETAK ATAS NASI,UNTUK WANGIKAN NASI,KEMUDIAN TUTUP RAPAT,BUKA API YG KECIL DAN MASAK NASI ANGGARAN 10 MINIT SAHAJA.



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

BAHAN2NYA

1.      BAWANG BESAR 3 BIJI,BELAH 2 DI HIRIS DAN  DI GORENG SEHINGGA GARING,ANGKAT LETAK TEPI DAHULU

2.      IKAN BILIS DIRENDAM BUANG MASINYA,GORENG SEHINGGA GARING, SELEPAS GORENG BAWANG

3.      3 BIJI BAWANG BESAR

4.      BELACAN 2 INCHI

5.      BLEND HALUS BAWANG DAN BELACAN NO 3 DAN NO 4

6.      GULA PERANG 3 CAMCA

7.      1 CAWAN MINYAK BEKAS GORENG IKAN BILIS

8.      CILI MESIN 1 ½  CAWAN

9.      AIR ASAM JAWA PEKAT 1 PACKET ANGGARAN ½ CAWAN

10.  1 SUDU KECIL TUMIX



CARA MENUMIS SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

PANASKAN MINYAK TUMISKAN GULA SEHINGGA PERANG,KEMUDIAN MASUKAN BELACAN BAWANG BLEND MASAK SEHINGGA WANGI,BARU MASUKAN CILI MESIN,TUMIX,RASA GARAMNYA,AIR ASAM PEKAT,MASAK SEHINGGA NAIK MINYAK,MASUKAN BAWANG GORENG DAN IKAN BILIS GORENG,KACAU RATA,SEBELUM ANGKAT TUTUP DENGAN SEHELAI DAUN PISANG DIATAS SAMBAL TUMIS YG SUDAH MASAK.UNTUK WANGIKAN SAMBAL,DAPAT WAP DAUN PISANG.



UNTUK BAHAN TABURAN

1.      IKAN BILIS GORENG

2.      KACANG TANAH GORENG

3.      TIMUN DI BASUH BERSIH,DI GARFUKAN KEMUDIAN DI POTONG SERONG

4.       TELOR REBUS,JIKA ADA TELOR BURUNG PUYUH(REBUS DENGAN 1 KEPING ASAM KEPING)

No comments:

Post a Comment