MASAK IKAN SAMBAL TOMATO 1960 RESEPI
BAHAN2NYA
·
Pelbagai jenis ikan yg
di minati di basuh bersih dengan garam asam untuk hilangkan bau hanyir ikan. Saperti ikan kembung,bawal,ikan
senangin,ikan jenahak atau ikan sagai.
GAULKAN DENGAN GARAM KUNYIT SEHINGGA RATA
1. Kunyit hidup 2 ketul
2. Bawang puteh 6 ulas
3. Cili padi hijau 8 biji
4. Garam ½ camca besar
5. Cuka 3 camca besar
6. Air sedikit untuk blend bahan2 kunyit diatas sehingga
halus,kemudian perap pada ikan,kemudian goreng ikan hingga garing letak tepi
dahulu.
7. Bawang besar 2 biji belah 2 di hiris nipis.
8. Cili mesin 2 cawan
9. Tomato biji 4 biji dibelah 6
10. Air asam jawa pekat ½ cawan
11. Garam secukup rasa
12. Tumix 1 sudu kecil
13. ½ cawan minyak bekas goreng ikan
CARA MENUMIS SAMBAL IKAN TOMATO
Panaskan minyak,tumiskan bawang
besar hiris,hingga layu,kemudian masukan cili mesin,masak hingga naik minyak
masukan garam,air asam,tumix dan tomato biji yg di belah.Masak lagi sehingga
naik minyaknya baru masukan ikan goreng,kacau rata dan boleh padam api.
Saya masak resepi ini. Minta halal ya
ReplyDelete