Wednesday, May 22, 2013

LAKSA ASAM NANNY PAH




LAKSA ASAM NANNY PAH

BAHAN2NYA

1.  1 Kilo Ikan Tenggiri,Dibasuh Bersih Dengan Garam Asam,Dilumur Sedikit Garam,Di Kukus Sehingga Masak.Kemudian Di Perisikan Isi Ikannya, Diblend Kasar Dengan Sedikit Air Tapis.

2.  1 Packet Laksa Beras Cap Cili Di Rendam Semalaman,Pagi Rebus Laksa Dengan Sedikit Garam Dan Daun Pandan.Sudah Masak Laksa Disaring Airnya Dan Dijirus Air Sejuk Supaya Laksa Tidak Melekat.Gaul2 Dengan Garfu Dan Letak Di Pinggan Hidangan

3.  Ikan Bilis ½ Cawan Di Rendam Dan Di Blend Halus Dg Sedikit Air Tapis

4.  Udang Kering ½ Cawan Direndam Dan Diblend Halus Dengan Sedikit Air Tapis

5.  Cili Mesin 1 ½ Cawan

6.  Jika Suka Pedas2 Boleh Lah Di Tambah Cili Padi Merah Blend Halus

7.  Bawang Besar 2 Biji

8.  Belacan 3 Inchi,Di Blend Halus Dengan Bawang Besar.

9.  Tumix 2 Sudu Kecil

10.         Daun Kesom 8 Pokok Dipetik Daunnya Untuk Masukan Kedalam Kuah Laksa

11.         Daun Pudina 10 Helai Untuk Masukan Kedalam Kuah

12.         1 Batang Bunga Kantan Di Belah 4 Untuk Masukan Kedalam Kuah

13.         Garam Secukup Rasa

14.         Asam Keping 6 Keping

15.         Air Tapis 6 Cawan

UNTUK BUAT KUAH NYA

CARA MEMASAK KUAH LAKSA ASAM

Ambil Cili Mesin,Cili Padi Mesin,Bawang Dan Belacan Blend, Garam,Tumix,Asam Keping Dan Air Tapis,Rebus Semua Bahan Hingga Menidih,Kemudian Masukan Udang Kering Dan Ikan Bilis Blend,Isi Ikan Tenggiri Hingga Menidih Lagi Dan Akhir Sekali Masukan Bunga Kantan,Daun Pudina Dan Daun Kesom.Rasa Asam Garamnya,Jika Rasa Kurang Asam Nya Boleh Lah Di Tambah Asam Keping.
 

BAHAN ULAMAN LAKSA

1.  Daun Salad Di Hiris

2.  Daun Pudina Di Petik Ambil Daunya Sahaja Biar Sehelai2 Jangan Di Hiris Takut Cepat Layu Dan Tak Tahan.

3.  Pucuk Gajus Di Hiris

4.  Daun Kesum Dihiris

5.  Cili Padi Hijau Dan Merah Dihiris

6.  Limau Nipis Di Potong

7.  Daun Ulam Raja Di Hiris

8.  Timun Di Dadukan

9.  Bawang Besar Di Dadukan



CARA HIDANGAN LAKSA

Masukkan Laksa Kedalam Mangkok, Tuangkan Kuah Laksa,Dan Akhir Sekali Tabur Semua Ulaman,Sedia Dimakan Panas2.

No comments:

Post a Comment