Friday, May 31, 2013

MIANG KAM



MIANG KAM SIREH KADUK

BAHAN2NYA
1.      60 Helai Daun Kaduk Muda,Basuh Bersih Dilap Dulu Hingga Kering Susun Di Pinggan
2.     15 Biji Cili Api Hijau Dan Merah Dihiris Kecil
3.     1 Cawan Kacang Tanah Goreng Tanpa Minyak Biar Sebiji2
4.     2 Biji Hirisan Limau Nipis,Yg Masak Hiris Dengan Kulitnya
5.     ¾ Cawan Udang Kering Disangai Seekor2
6.     2 Biji Bawang Besar Didadu Kecil
7.     3 Inci Halia Muda Buang Kulit Didadu Kecil
8.     3 Batang Serai Ambil Yg Lembut Di Hiris Kecil
9.     ½  Biji Isi Kelapa Dibakar Dulu Dan Didadukan

Letak Semua Di Pinggan Yg Ada Pemisah Dan Hidang Dengan Sosnya, Boleh Chatting Macam Orang Tua Makan Sirih,Setiap Kudapan Tergantung Kepada Jari Kita Yg Mengambil Bahan2nya.Prepare By Nanny Pah.

BAHAN SOS MIANG KHAM
200g gula melaka, dipotong kecil,gula melaka yg kecil 1 ketul+ yg besar 1 ketul*
200 ml air*(*dimasak hingga gula Melaka hingga larut, angkat dan tapis)
2 camca besar sos ikan cap sotong
1 inci belacan yg sudah dibakar
5 biji bawang merah, jangan dikupas
2 cm halia, jangan dikupas
2 cm lengkuas, jangan dikupas
100 g kelapa parut di goring hingga kuning ditumbuk hingga jadi kerisek.
3 camca besar tepong gandum di sangai dulu
Asam keping 3 keping
Cili padi merah 10 biji
  • KERISEK ADALAH BAHAN UTAMA UNTUK SOS MIANG KAM

CARA MEMBUAT SOSNYA
Panggang, bawang merah, halia dan lengkuas hingga harum,baru kupas kulit, potong kecil dan ketepikan. Goreng tanpa minyak kelapa parut hingga perang.
1.    Kopek semua bahan yg dipanggang,termasuk belacan yg telah dibakar dan cili padi merah,kemudian diblend dengan air sirap gula melaka yg telah dimasak dan campur masuk kicap cap sotong,kerisik,tepong sangai,asam keping atau air asam jawa, dan masak hingga menidih sebentar, sudah sejuk masukan kedalam botol merah,buat 2 botol untuk mudah guna untuk tuang pada daun kaduk nanti.

Thursday, May 30, 2013

NASI LEMAK AJAIB GUNA BERAS BIASA




NASI LEMAK AJAIB(BERAS BIASA)

BAHAN2NYA
1.  4 CAWAN BERAS BIASA DIBASUH BERSIH SEBELUM RENDAM DAN MASUKAN CUKA 1 CAMCA BESAR

2.      REBUS AIR DALAM PERIUK BESAR KURANG ½ PERIUK,MASUKAN 5 HELAI DAUN PANDAN DISIAT2 SIMPUL IKAT BERSAMA 2 CAMCA BESAR GARAM DAN 1 CAMCA BESAR GULA,REBUS SEHINGGA ¾ MASAK(PARBOIL), SARING BUANG AIRNYA,MASUKAN BALIK DALAM PERIUK BERAS YG SUDAH DI SARING,KEMUDIAN GAULKAN DENGAN 1 CAMCA MINYAK ,GUNA GARFU,DAN SANTAN PEKAT 4 PACKET,(HARAP DAPAT GUNA SANTAN YANG ORIGINAL)KACAU RATA RASA GARAMNYA.

3.      SEDIAKAN MAGIC PAN,MASUK PARBOIL RICE YG SUDAH DIGAUL DENGAN SANTAN, ANGGARAN CUKUP UNTUK MASUKAN KEDALAM MAGIC PAN,MASUKAN 1 KEPING DAUN PISANG DI LETAK ATAS NASI,UNTUK WANGIKAN NASI,KEMUDIAN TUTUP RAPAT,BUKA API YG KECIL DAN MASAK NASI ANGGARAN 10 MINIT SAHAJA.



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

BAHAN2NYA

1.      BAWANG BESAR 3 BIJI,BELAH 2 DI HIRIS DAN  DI GORENG SEHINGGA GARING,ANGKAT LETAK TEPI DAHULU

2.      IKAN BILIS DIRENDAM BUANG MASINYA,GORENG SEHINGGA GARING, SELEPAS GORENG BAWANG

3.      3 BIJI BAWANG BESAR

4.      BELACAN 2 INCHI

5.      BLEND HALUS BAWANG DAN BELACAN NO 3 DAN NO 4

6.      GULA PERANG 3 CAMCA

7.      1 CAWAN MINYAK BEKAS GORENG IKAN BILIS

8.      CILI MESIN 1 ½  CAWAN

9.      AIR ASAM JAWA PEKAT 1 PACKET ANGGARAN ½ CAWAN

10.  1 SUDU KECIL TUMIX



CARA MENUMIS SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

PANASKAN MINYAK TUMISKAN GULA SEHINGGA PERANG,KEMUDIAN MASUKAN BELACAN BAWANG BLEND MASAK SEHINGGA WANGI,BARU MASUKAN CILI MESIN,TUMIX,RASA GARAMNYA,AIR ASAM PEKAT,MASAK SEHINGGA NAIK MINYAK,MASUKAN BAWANG GORENG DAN IKAN BILIS GORENG,KACAU RATA,SEBELUM ANGKAT TUTUP DENGAN SEHELAI DAUN PISANG DIATAS SAMBAL TUMIS YG SUDAH MASAK.UNTUK WANGIKAN SAMBAL,DAPAT WAP DAUN PISANG.



UNTUK BAHAN TABURAN

1.      IKAN BILIS GORENG

2.      KACANG TANAH GORENG

3.      TIMUN DI BASUH BERSIH,DI GARFUKAN KEMUDIAN DI POTONG SERONG

4.       TELOR REBUS,JIKA ADA TELOR BURUNG PUYUH(REBUS DENGAN 1 KEPING ASAM KEPING)

Sunday, May 26, 2013

NASI LEMAK MAGIC(BERAS MOGUL)

GUNA YANG 1 KILO



NASI LEMAK MAGIC

BAHAN2NYA

1.       Beras Mogul 1 Packet Yg Satu Kilo,Di Basuh Bersih Di Rendam Dengan Cuka 1 Camca Satu Jam Sebelum Masak

2.       Telor Burung Puyuh ½ Papan Di Rebus Dengan 1 Keping Asam Keping.Untuk Mudah Kopek Telor,Bila Telor Sudah Masak Cepat2 Jirus Air Sejuk.Kemudian Kopek Lah Telor.

3.       1 Biji Timun Hijau Dibasuh Bersih,Di Garis Dengan Garfu Kemudian Dipotong Serong Jangan Tebal Sangat.

4.       5 Helai Daun Pandan Disiat2 Disimpul Ikat Di Rebus Dengan Air Tapis Secukupnya Anggaran Boleh Menidihkan Beras Yang Hendak Direbus

5.       Masukan Gula 1 Camca

6.       Masukan Garam 2 Camca Besar,Bila Sudah Rebus Semua Bahan Cuba Rasa Airnya Cukup Garam Atau Kurang

7.       Santan Pekat 4 Bungkus

8.       Bila Air Sudah Menidih Masukan Beras Yg Telah Di Saring,Masukan Beras, Rebus Hingga ¾ Masak dan Tos Jangan Over Cook,Nanti nasi akan Benyai Tak Sedap,Hati2 Jangan Lengah Cepat2 Saring Buang Air Nya, Masuk Kembali Kedalam Periuk.Dan Arunkan Nasi Yg ¾ Masak Dengan Semua Santan Asli 4 Bungkus Rata2kan Dan Rasa Garamnya.Kemudian Bahagi 2 Masukan Nasi Yg Telah Di Gaul Dengan Santan Kedalam Magic Pan,Dan Potong Sekeping Daun Pisang Letak Diatasnya,Tutup Rapat Dan Masaklah Dengan Api Yg Kecil Selamat 10 Minit. Bila Buka Nasi Berbau Santan,Daun Pandan Dan Daun Pisang,Wangi Dan Cantik Nasinya Tak Patah.

9.       Sediakan Kertas Pembungkus Nasi Lapikan Daun Pisang,Tekan 1 Cawan Nasi Lemak Magic,Tekan2 Sikit,Dan Letak Diatas Daun Pisang,Letak 1 Keping Timun,1 Biji Telor Rebus Burung Puyuh,3 Camca Sambal Tumis Ikan Bilis.Dan Sedikit Kacang Tanah Dan Ikan Bilis Goreng,Bungkus Rapat Macam Bungkus Nasi Lemak Jual.
Blend Bawang Dengan Belacan Hingga Halus




SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

BAHAN2NYA

1.       Panaskan Minyak,Goreng Kacang Tanah 1 ½  Cawan,Angkat  Letak Tepi Dahulu.

2.       Ikan Bilis Yang Kecil 5 Cawan Di Rendam Dan Basuh Bersih Di Saring Hingga Kering Airnya Di Goreng Garing,Letak Tepi Dahulu.

3.       Ikan Bilis Goreng Di Bahagi 2 Untuk Satu Bahgian Pakai Sebagai Ikan Bilis Goreng Disatukan Dengan Kacang Tanah Goreng, Dan ½ Lagi Sebagai Sambal Tumis Ikan Bilis

4.       Bawang Besar 3 Biji

5.       Belacan Melaka ¼ Ketul

6.       Air Tapis ¼  Cawan Untuk Blend

7.       Cili Mesin 3 Cawan

8.       Air Asam Jawa Pekat 1 Cawan

9.       Tumix 1 Camca Besar

10.   Gula Perang 3 Camca

11.   Minyak Bekas Goreng Ikan Bilis 1 Cawan

12.   No4-No6  Di Blend Halus
13.   Optional 2 Biji Bawang Besar Dibelah 2 Dihiris Dan Goreng Garing Letak Tepi Dahulu. 



CARA MENUMIS SAMBAL IKAN BILIS.



Panaskan Minyak Goreng Gula Perang Hingga Warnanya Perang,Kemudian Masukan Bawang Dan Belacan Blend Hingga Garing Masukan Cili Mesin 3 Cawan,Masak Sehingga Naik Minyak,Kemudian Masukan Air Asam Jawa,Tumix Dan Rasa Garamnya.Sudah Cukup Rasa, Akhir Sekali Masukan Ikan Bilis Goreng Yg Separuh Lagi..

JIKA SUKA BOLEH DI LETAK BAWANG BESAR GORENG DI TABUR DIATAS SAMBAL,JIKA SUKA BANYAK BAWANG.