Friday, July 26, 2013

LAKSA LEMAK



LAKSA LEMAK

BAHAN2NYA
1.  Ikan Tenggiri 1 Kilo Rebus Dengan Air,Sedikit Garam Dan Daun Pandan,Ambil Isinya Diblend Dengan Air Rebusan Ikan Tadi,Jangan Halus Sangat Sederhana Sahaja.
2.       Ikan Bilis ½ Cawan Direndam      No2-No3 Diblend Halus Dg Sedikit Air
3.       Udang Kering ½ Cawan Direndam
4.       Kunyit Hidup 1 Ketul
5.       Jintan Manis 1 Camca Besar
6.       Cili Padi Kampung Yg Hijau ½ Cawan (No4-No10)Diblend Halus
7.       Bawang Merah 8 Ulas                              Dg Sedikit Air
8.       Lengkuas 2 Inchi                     
9.       Tumix 1 Sudu Kecil
10.   Garam 1 Sudu Kecil
11.   Santan 3 Cawan
12.   Air Tapis 2 Cawan Untuk Jadikan Kuahnya
13.   Kelapa Parut Puteh ½ Cawan Di Blend Halus
14.   Minyak Untuk Menumis ½ Cawan
15.   Garam Secukup Rasa
16.   Daun Selasih Petik Ambil Daunya Sahaja
17.   Bunga Kantan 1 Kuntum Di Belah 4
18.   Daun Kesom Daunya Sahaja
19.   Timun ½ Biji Buang Biji Tengahnya Dan Di Dadukan Untuk Buat Ulamnya
20.   Bawang Besar 1 Biji Di Potong Dadu
21.   Tauge Di Buang Ekor 1 Cawan
22.   Limau Kasturi Di Belah Tengah Di Buang Biji
23.   Sambal Belacan

CARA2NYA
Panaskan Minyak Tumiskan Bahan Blend Hingga Naik Wanginya,Kemudian Masukan Udang Kering Dan Ikan Bilis Blend,Sudah Menidih Masukan Isi Ikan Blend,Kelapa Parut Puteh Yg Diblend Halus Dan Akhir Sekali Masukan Santan Biar Menidih Masukan Bunga Kantan,Daun Selasih,Dan Daun Kesum,Rasa Garamnya,Padam Api.

Laksanya Boleh Di Guna Spagetthi Celor,Laksa Beras Rendam Semalaman Dan Celur Hingga Masak,Atau Boleh Di Beli Laksa Yang Sudah Siap Dipasar.Bila Celor Guna Beberapa Helai Daun Pandan,Garam Dan Sedikit Minyak.Saring Laksa Kemudian Dijirus Air Supaya Laksa Tidak Melekat.

SUSUNAN HIDANGAN LAKSA
1.      Laksa Pilihan
2.      Kuah Laksanya
3.      Timun Dadu
4.      Bawang Dadu
5.      Hirisan Daun Selasih
6.      Hirisan Daun Kesom
7.      Sambal Belacan 1 Camca
8.      Limau Kasturi

No comments:

Post a Comment