LAKSA SELATAN
Bahan-Bahan
1. 1 Kilo Ikan Tenggiri/Kembong/Atau Parang Direbus Dengan Sedikit Garam
Dan 3 Asam Keping,Buang Tulangnya Kemudian Di Blend Dengan Air Rebusan Ikan,Jangan
Terlalu Halus Sangat.
2. 250 Gm Udang Hidup Di Kopek Buang Kulitnya Dan Kepalanya, Isinya Di
Blend Halus Dengan Air Stock Kepala Udang.Kepala Udang Dan Kulit Udang Di
Goreng Sikit Dengan Minyak Sehingga Wangi.Letak 1 Cawan Air Dan Diblend
Sehingga Halus,Kemudian Di Saring Ambil Pati Air Stock Udang,Dan Boleh Diblend
Dengan Isi Udang.
3. Isi Ikan Kurau Kering Direndam Sebesar 3inchi X 3 Inchi Diblend Halus
Dengan 1 Cawan Air Tapis.
4.
4 Camca Besar Udang Kering, Rendam Hingga Lembut Blend Halus Dengan
Sedikit Air.
5. 2 Camca Besar Kerisik
6. 1/2 Inci Lengkuas, Diketuk
7. 1 Biji Bawang Besar Dikisar
8. 2 Camca Besar Cili Mesin
9.
2 Camca Besar Rempah Kari Daging
10.
2 Camca Besar Ketumbar Serbuk
11. 1 Camca Besar Jintan Manis Serbuk
12. No9-11 Disatukan
13.
2 Biji Santan Pekat
14. 10 Pokok Daun Kesom Dipetik Ambil Daunnya Sahaja
15. 2 Kuntum Bunga Kantan, Belah 4 Setiap Satu
16.
6 Pokok Daun Selasih,Petik Ambil Daunnya Sahaja
17.
Garam Secukup Rasa
18. 1 Camca Tumix
19.
1 Cawan Minyak Untuk Menumis
BAHAN-BAHAN ULAMAN
1.
1 Cawan Taugeh Mentah,Dibuang Ekor
2.
5 Batang Kacang Panjang, Dihiris Halus
3.
8 Pokok Daun Kesom, Hiris Kasar
4.
6 Pokok Daun Selasih,Hiris Kasar
5.
Timun ½ Biji Jangan Dibuang Kulitnya,Buang Bijinya Dan Dipotong Dadu
6.
1 Biji Bawang Besar Dipotong Dadu
7.
8 Biji Limau Kasturi Di Belah Tengah Dan Dibuang Bijinya
8.
Sambal Belacan,Cili Merah,Belacan Dan Perahan Limau Kasturi.
BAHAN BAHAN LAKSA
Rebus Spaghetti Dengan Daun Pandan 2 Helai,Sedikit Garam Dan 1 Sudu
Kecil Minyak Hingga Lembut Dan Toskan, Kemudian Di "Chap" Atau
Kalau Suka Boleh Guna Laksa Beras Cap Cili Direndam Semalaman Dan Rebus
Sehingga Empuk Atau Boleh Beli Laksa Yg Sudah Siap Dipasar Cuma Di Celor
Sebentar Sahaja.
CARA MEMBUAT KUAHNYA
Panaskan
Minyak Tumiskan Bawang Kisar Dan Lengkuas Ketok,Hingga Wangi,Masuk Semua
Rempah,Cili Mesin,Kacau Sehingga Naik Minyak,Masukan Udang Kering Dan Ikan
Kurau Blend,Kacau Rata,Dan Masukan Udang Hidup Blend,Dan Isi Ikan Blend.Kacau Selalu
Kemudian Masukan Santan,Kerisik,Bunga Kantan,Guna Api Kecil Sehingga Naik
Minyak Dan Bahan2 Semua Mesra.Bila Sudah Mengelegak Menidih Masukan Daun Kesom
Daun Selasih Dan Tumix, Biar Kuahnya Pekat Jangan Cair.Jika Suka Bolehlah Di
Tambah 1 Sudu Kecil Gula Untuk Maniskan Kuah Laksa.
SUSUNANAN HIDANGAN
1.
Spaghetti
2.
Kuah Laksa
3.
Timun
4.
Kacang Panjang Hiris
5.
Tauge
6.
Daun Kesom Hiris
7.
Daun Selasih Hiris
8.
Sambal Belacan
9.
Limau Kasturi Belah
No comments:
Post a Comment