Tuesday, July 30, 2013

KUEH KASWI TEPONG BERAS



KUIH KASWI TEPONG BERAS

Bahan-Bahan:
1 ½    Cawan Tepung Beras
1  /½ Camca Besar Tepung Ubi
3 /1 Sudu Kecil Air Abu 
½  /¼ Cawan Gula Pasir
½  /¼ Cawan Gula Merah/ Gula Melaka
3 /1 ½  Cawan Air Dibahagi 2 satu bahgian di masak dg gula dan setengah lagi di banchuh dengan kedua2 tepong,Nescafe dan air abu.
1 /½ Sudu Tea Nescafe
2 /1 Sudu Tea Kicap Lemak Manis
Daun Pandan
 
Kelapa Parut Putih Dengan Secubit Garam ( Kukus Sebentar Bersama Daun Pandan Yang Disimpul)

CARA MEMBUAT

1. Satukan Gula Merah/ Gula Melaka Dan Gula Pasir Dalam Periuk Kecil . Kemudian Masukkan ½ Cawan Air Bersama Daun Pandan. Masak Atas Api Kecil Sehingga Gula Larut. Sejukkan.
2. Satukan Tepung Beras Dan Tepung Ubi Dan Tuang ½  Cawan Air Dan Air Abu . Gaul Rata Dan Msukkan Air Gula Yang Telah Sejuk Tadi. Gaul Hingga Sebati.
3. Tapis Adunan Dan Tuang Dalam Loyang Yang Telah Disapu Dengan Sedikit Minyak.
4. Kukus Sehingga Masak. Apabila Dah Masak, Sejukkan Dan Potong Mengikut Citarasa. Gaulkan Dengan Kelapa Parut Yang Di Kukus Tadi.

NOTE: Jika Hendak Buat Banyak Guna Sukatan Merah,Jika Nak Cuba Guna Sukatan Yg Tag Hitam Dan Kukus Dalam Loyang Kecil Atau Mangkuk Kecil.

Saturday, July 27, 2013

LAKSA SELATAN



LAKSA SELATAN
Bahan-Bahan
1. 1 Kilo Ikan Tenggiri/Kembong/Atau Parang Direbus Dengan Sedikit Garam Dan 3 Asam Keping,Buang Tulangnya Kemudian Di Blend Dengan Air Rebusan Ikan,Jangan Terlalu Halus Sangat. 
2.  250 Gm Udang Hidup Di Kopek Buang Kulitnya Dan Kepalanya, Isinya Di Blend Halus Dengan Air Stock Kepala Udang.Kepala Udang Dan Kulit Udang Di Goreng Sikit Dengan Minyak Sehingga Wangi.Letak 1 Cawan Air Dan Diblend Sehingga Halus,Kemudian Di Saring Ambil Pati Air Stock Udang,Dan Boleh Diblend Dengan Isi Udang.
3. Isi Ikan Kurau Kering Direndam Sebesar 3inchi X 3 Inchi Diblend Halus Dengan 1 Cawan Air Tapis.
4.  4 Camca Besar Udang Kering, Rendam Hingga Lembut Blend Halus Dengan Sedikit Air.
5.  2 Camca Besar Kerisik
6.  1/2 Inci Lengkuas, Diketuk
7.  1 Biji Bawang Besar Dikisar
8.  2 Camca Besar Cili Mesin
9.  2 Camca Besar Rempah Kari Daging
10.    2 Camca Besar Ketumbar Serbuk      
11.    1 Camca Besar Jintan Manis Serbuk
12.    No9-11 Disatukan
13.    2 Biji Santan Pekat
14.   10 Pokok Daun Kesom Dipetik Ambil Daunnya Sahaja
15.   2 Kuntum Bunga Kantan, Belah 4 Setiap Satu
16.   6 Pokok Daun Selasih,Petik Ambil Daunnya Sahaja
17.   Garam Secukup Rasa
18.   1 Camca Tumix
19.   1 Cawan Minyak Untuk Menumis

BAHAN-BAHAN ULAMAN
1.    1 Cawan Taugeh Mentah,Dibuang Ekor
2.    5 Batang Kacang Panjang, Dihiris Halus
3.    8 Pokok Daun Kesom, Hiris Kasar
4.    6 Pokok Daun Selasih,Hiris Kasar
5.    Timun ½ Biji Jangan Dibuang Kulitnya,Buang Bijinya Dan Dipotong Dadu
6.    1 Biji Bawang Besar Dipotong Dadu
7.    8 Biji Limau Kasturi Di Belah Tengah Dan Dibuang Bijinya
8.    Sambal Belacan,Cili Merah,Belacan Dan Perahan Limau Kasturi.

BAHAN BAHAN LAKSA 
 
Rebus Spaghetti Dengan Daun Pandan 2 Helai,Sedikit Garam Dan 1 Sudu Kecil Minyak Hingga Lembut Dan Toskan, Kemudian  Di "Chap" Atau Kalau Suka Boleh Guna Laksa Beras Cap Cili Direndam Semalaman Dan Rebus Sehingga Empuk Atau Boleh Beli Laksa Yg Sudah Siap Dipasar Cuma Di Celor Sebentar Sahaja.

CARA MEMBUAT KUAHNYA
 
Panaskan Minyak Tumiskan Bawang Kisar Dan Lengkuas Ketok,Hingga Wangi,Masuk Semua Rempah,Cili Mesin,Kacau Sehingga Naik Minyak,Masukan Udang Kering Dan Ikan Kurau Blend,Kacau Rata,Dan Masukan Udang Hidup Blend,Dan Isi Ikan Blend.Kacau Selalu Kemudian Masukan Santan,Kerisik,Bunga Kantan,Guna Api Kecil Sehingga Naik Minyak Dan Bahan2 Semua Mesra.Bila Sudah Mengelegak Menidih Masukan Daun Kesom Daun Selasih Dan Tumix, Biar Kuahnya Pekat Jangan Cair.Jika Suka Bolehlah Di Tambah 1 Sudu Kecil Gula Untuk Maniskan Kuah Laksa.

SUSUNANAN HIDANGAN
1.    Spaghetti
2.    Kuah Laksa
3.    Timun
4.    Kacang Panjang Hiris
5.    Tauge
6.    Daun Kesom Hiris
7.    Daun Selasih Hiris
8.    Sambal Belacan
9.    Limau Kasturi Belah

Friday, July 26, 2013

MASAK LEMAK KUNING SIPUT SEDUT



MASAK LEMAK KUNING SIPUT SEDUT
BAHAN2NYA
1.  1 Kg Siput Sedut Di Gaul Dengan Kelapa Parut Biar Sebentar,Potong Hujungnya Dan Basuh Bersih
2.  Cili Padi Kampung 30 Biji
3.  Kunyit Hidup 1 Ketul
4.  Serai 2 Batang
5.  Buah Keras 5 Biji
6.  Daun Kunyit Muda 1 Helai Di Buang Urat Tengahnya
7.  Garam 1 Sudu Kecil
8.  Secukup Air Untuk Blend Bahan2 No2-No7 Sehingga Halus
9.  1 Sudu Kecil Tumix
10.                   Santan Pekat 2 Bungkus
11.                   Asam Keping 1 Keping
12.                   Secukup Garam
13.                   Sedikit keladi yg telah di persiangkan dan direbus dahulu,kemudian di toskan

CARA MEMASAK LEMAK SIPUT
Masukan Siput Dan Bahan Blend Kedalam Periuk.Letak Diatas Api Biar Menidih, Masukan, Asam Keping Dan Santan Pekat Dan Rasa Garamnya. Akhirnya Masukan Keladi Rebus Yg Telah Di Tos Buang Airnya.

LAKSA LEMAK



LAKSA LEMAK

BAHAN2NYA
1.  Ikan Tenggiri 1 Kilo Rebus Dengan Air,Sedikit Garam Dan Daun Pandan,Ambil Isinya Diblend Dengan Air Rebusan Ikan Tadi,Jangan Halus Sangat Sederhana Sahaja.
2.       Ikan Bilis ½ Cawan Direndam      No2-No3 Diblend Halus Dg Sedikit Air
3.       Udang Kering ½ Cawan Direndam
4.       Kunyit Hidup 1 Ketul
5.       Jintan Manis 1 Camca Besar
6.       Cili Padi Kampung Yg Hijau ½ Cawan (No4-No10)Diblend Halus
7.       Bawang Merah 8 Ulas                              Dg Sedikit Air
8.       Lengkuas 2 Inchi                     
9.       Tumix 1 Sudu Kecil
10.   Garam 1 Sudu Kecil
11.   Santan 3 Cawan
12.   Air Tapis 2 Cawan Untuk Jadikan Kuahnya
13.   Kelapa Parut Puteh ½ Cawan Di Blend Halus
14.   Minyak Untuk Menumis ½ Cawan
15.   Garam Secukup Rasa
16.   Daun Selasih Petik Ambil Daunya Sahaja
17.   Bunga Kantan 1 Kuntum Di Belah 4
18.   Daun Kesom Daunya Sahaja
19.   Timun ½ Biji Buang Biji Tengahnya Dan Di Dadukan Untuk Buat Ulamnya
20.   Bawang Besar 1 Biji Di Potong Dadu
21.   Tauge Di Buang Ekor 1 Cawan
22.   Limau Kasturi Di Belah Tengah Di Buang Biji
23.   Sambal Belacan

CARA2NYA
Panaskan Minyak Tumiskan Bahan Blend Hingga Naik Wanginya,Kemudian Masukan Udang Kering Dan Ikan Bilis Blend,Sudah Menidih Masukan Isi Ikan Blend,Kelapa Parut Puteh Yg Diblend Halus Dan Akhir Sekali Masukan Santan Biar Menidih Masukan Bunga Kantan,Daun Selasih,Dan Daun Kesum,Rasa Garamnya,Padam Api.

Laksanya Boleh Di Guna Spagetthi Celor,Laksa Beras Rendam Semalaman Dan Celur Hingga Masak,Atau Boleh Di Beli Laksa Yang Sudah Siap Dipasar.Bila Celor Guna Beberapa Helai Daun Pandan,Garam Dan Sedikit Minyak.Saring Laksa Kemudian Dijirus Air Supaya Laksa Tidak Melekat.

SUSUNAN HIDANGAN LAKSA
1.      Laksa Pilihan
2.      Kuah Laksanya
3.      Timun Dadu
4.      Bawang Dadu
5.      Hirisan Daun Selasih
6.      Hirisan Daun Kesom
7.      Sambal Belacan 1 Camca
8.      Limau Kasturi