MEE SIAM KUAH
BAHAN2NYA
MEE HOON GORENG
1. 1
½ BUNGKUS MEE HOON DI RENDAM DAHULU
2. 10
ULAS BAWANG MERAH HIRIS
3. 10
ULAS BAWANG PUTEH DI TUMBUK KASAR
4. 2 CAWAN CILI MESIN
5. 1
CAMCA BESAR BELACAN
6. 1
CAWAN AIR ASAM JAWA PEKAT
7. 1 KILO UDANG HIDUP(KULIT
DAN KEPALA UDANG BUAT STOCK AIR UDANG.)UDANG DI KOPEK AMBIL ISI LETAK TEPI
DAHULU SIMPAN UNTUK KUAH MEE HOON SEPARUH, KEMUDIAN KEPALA DAN KULITNYA DI
GORENG SEDIKIT DG MINYAK,HINGGA GARING,MASUKAN AIR 3 CAWAN MASUK BLENDER DAN DI
BLEND HALUS,TAPIS AMBIL PATINYA SAHAJA.1/2 BAHGIAN STOK UDANG INI ADALAH UNTUK
KUAH MEEHOON.
8. SOTONG ½ KILO DI
BUANG TUNCITNYA, BUANG HITAM, DAN TULANGNYA,POTONG 6 DAN DI KELAR2,GAUL GARAM
SEDIKIT DAN DI GORENG DENGAN TUMISAN 4 BAWANG PUTEH TUMBUK HALUS.ANGAT LETAK
TEPI DAHULU,KEMUDIAN GORENG UDANG ½ DARI
SATU KILO DIGAUL SEDIKIT GARAM,GORENG MASAK SAHAJA ANGKAT LETAK TEPI DAHULU.BEKAS
MINYAK BOLEH DI CAMPUR DENGAN MINYAK YG HENDAK GORENG MEE HOON.
9. 3
CAMCA BESAR GULA SANGRAI
10. 1
CAMCA UDANG KERING DI TUMBUK HALUS
11. 1
CAMCA BESAR TUMIX
12. 4 CAWAN TAUGE
DI PETIK EKORNYA DAN BUANG HITAMNYA
13. MINYAK
UNTUK MENUMIS
CARA MENGGORENG MEE HOON
GORENG.
PANASKAN MINYAK DULU DIKUALI,CAMPUR DENGAN MINYAK BEKAS
GORENG UDANG DAN SOTONG,TUMISKAN BAWANG HIRIS,BAWANG PUTEH TUMBUK,DAN BELACAN
HINGGA GARING,MASUKAN UDANG KERING,KASI GARING GARING JUGA KEMUDIAN MASUKAN
CILI MESIN DAN AIR ASAM,MASAK SEHINGGA NAIK MINYAK KEMUDIAN MASUKAN AIR STOK
UDANG 1 CAWAN,AIR GULA SANGRAI,DAN TUMIX,TAMBAH 1 CAWAN AIR LAGI,BIAR MENIDIH
BARU MASUKAN MEE HOON YG SUDAH DI TOSKAN TADI,KACAU RATA2 BARU MASUKAN
TAUGE,KACAU RATA2 LAGI.RASA GARAM NYA.JANGAN MASIN SANGAT.AKHIR SEKALI MASUKAN
SOTONG DAN UDANG YG SUDAH DI GORENG AWAL2 TADI GAUL RATA BOLEH PADAM API.
KUAH TAUCHU MEE HOON SIAM
BAHAN2NYA
1. ½
KILO UDANG HIDUP AMBIL ISINYA SAHAJA KULIT DAN KEPALA BUAT STOK UDANG UNTUK
BUAT KUAHNYA,GAUL SEDIKIT GARAM PADA ISI UDANG KEMUDIAN DI GORENG SEDIKIT
DENGAN BAWANG PUTEH TUMBUK HALUS HINGGA MASAK,ANGKAT DAN LETAK TEPI DAHULU.CAMPURKAN
MINYAK BEKAS GORENG UDANG UNTUK TUMIS KUAH MEE SIAM.
2. 10
ULAS BAWANG MERAH HIRIS
3. 10
ULAS BAWANG PUTEH TUMBUK
4. 2
CAWAN CILI MESIN
5. 2
CAMCA BELACAN MELAKA
6. 1
CAMCA UDANG KERING TUMBUK HALUS
7. 2
CAMCA BESAR KACANG TANAH TUMBUK
8. ½ BOTOL TAUCHU BIJI,BASUH
DULU DAN DITENYEK2 SIKIT.
9. 2
CAWAN AIR ASAM JAWA PEKAT
10. 1
CAWAN AIR GULA SANGRAI
11. GARAM
SECUKUP RASA
12. 1
CAMCA BESAR TUMIX
13. ½
CAWAN MINYAK UNTUK MENUMIS KUAH MEE TAUCHU.
14. AIR
TAPIS SECUKUPNYA UNTUK BUAT KUAHNYA.
CARA2 MENUMIS KUAH MEE HOON
SIAM.
PANASKAN MINYAK DI PERIUK,GORENG ISI UDANG HIDUP YG TELAH
DI GAUL DG SEDIKIT GARAM,DITUMISKAN DG SEDIKIT BAWANG PUTEH TUMBUK DAHULU,KEMUDIAN
CAMPUR DENGAN MINYAK YG HENDAK DITUMIS KUAH MEE HOON BARU TUMISKAN BAWANG
MERAH,BAWANG PUTEH DAN BELACAN,HINGGA GARING,MASUKAN,UDANG KERING HINGGA GARING
BARU MASUKAN CILI MESIN,TAUCHU,KACANG TANAH,GULA SANGRAI,TUMIX,GARAM DAN AIR
ASAM MASAK HINGGA MENIDIH BARU MASUKAN AIR TAPIS SECUKUPNYA.BILA SUDAH MENIDIH
BARU MASUKAN UDANG GORENG TADI DAH BOLEH PADAM API.
BAHAN2 TABUR DIATAS MEE HOON
SIAM
1. 8 BIJI TELOR
REBUS DI REBUS DG 2 ASAM KEPING,LEPAS REBUS CEPAT2 JIRUS TELOR DENGAN AIR
SEJUK,UNTUK TELOR KELIHATAN CANTIK APABILA DI KOPEK.
2. 8 BIJI TAHU
DI GARAM KAN DAN DI POTONG DADU LALU DI GORENG,JANGAN TERLAMPAU GARING SANGAT.
3. BAWANG
GORENG CAMPUR BAWANG PUTEH GORENG
4. 8 BIJI LIMAU
KASTURI DI BELAH 2 DI BUANG BIJINYA
5. 2 CAWAN DAUN KUCAI
DIHIRIS ½ INCHI
SUSUNAN HIDANGAN
1. MASUK
KEDALAM MANGKOK MEE HOON GORENG
2. TUANG
KUAH MELIPUTI MEE HOON GORENG
3. TAHU
GORENG
4. DAUN
KUCAI HIRIS
5. LIMAU
KASTURI BELAH DUA DUA BUANG BIJINYA
6. BAWANG
GORENG
7. TELOR
REBUS.
No comments:
Post a Comment