Tuesday, September 17, 2013

SAMBAL GORENG RINGKAS NANNY PAH

SAMBAL GORENG RINGKAS


BAHAN2NYA

1.    ¼ Kilo Udang Hidup Kopek Kulitnya Di Gaul Isinya Dengan  Sedikit Garam,Goreng Dengan Sedikit Minyak Ditumis Dengan 4 Ulas ,Bawang Puteh,Ditumbuk Halus,Goreng Hingga Masak,Angkat Letak Tepi Dahulu.

2.    ¼ Kilo Sotong Di Buang Hitamnya,Kulitnya Dan Tulangnya,Di Potong 4 Dikelar2 Di Basuh Bersih Dan Digaramkan,Kemudian Di Goreng Sebentar Hingga Masak Dengan Minyak Bekas Goreng Udang,Angkat Letak Tepi Dahulu.

3.    1 Keping Tempe Di Potong Dadu Digaul Garam Kunyit Di Goreng Garing,Angkat Letak Tepi Dahulu.,Angkat Letak Tepi Dahulu.

4.    4 Biji Tahu Dipotong Dadu Di Gaul Sedikit Garam  Di Goreng,Jangan Garing Sangat,Angkat Letak Tepi Dahulu

5.    8 Biji Kacang Panjang Di Hiris Serong,Goreng Hingga Masak Angkat Letak Tepi Dahulu.

6.    ½ Tupperware Kecil Cili Mesin

7.    5 Biji Cili Padi Hijau Hiris

8.    8 Biji Cili Padi Merah Hiris

9.    2 Biji Bawang Besar

10.  2 Ulas Bawang Puteh

11.  ½ Inchi Halia Muda

12.  1 Inchi Lengkuas

13.  2 Batang Serai

14. Garam Secukup Rasa

15. Blend Halus Semua No 8 – No 13

16. ½ Cawan Minyak Dari Bekas Goreng Tempe Untuk Tumis

17. 3 Asam Keping

18. Santan 1 Bungkus

19. Soon  ½ Packet Di Rendam.

20. Tumix 1 Sudu Kecil



CARA MENUMIS SAMBAL GORENG RINGKAS

Panaskan Minyak Bekas Goreng Tahu Dan Tempe Anggaran ½ Cawan ,Tumiskan Sedikit Bawah Puteh Tumbuk Anggaran 4 Biji,Goreng Udang Hingga Masak Angkat Dan Letak Tepi Dahulu.Kemudian Goreng Sotong Hingga Masak Angkat Letak Tepi Dahulu,Kemudian Goreng Pula Kacang Panjang Hingga Masak,Angkat Letak Tepi Dahulu,Baru Kemudian Tumiskan,Cili Padi Hiris, Bahan Blend Hingga Naik Wangi,Kemudian Masukan Cili Mesin,Asam Keping Dan Tumix,Sudah Naik Minyak Masukan Kacang Panjang,Soon,Tahu,Tempe ,Udang Goreng Dan Akhir Sekali Santan  Pekat Biar Menidih Dahulu Baru Di Padam Api..Rasa Garamnya. Sedap Dimakan Dengan Nasi Panas2.Jika Ada Serunding Kelapa Lagi Sedap Terasa Macam Makan Nasi Ambang. 

Monday, September 16, 2013

MEE SIAM KUAH NANNY PAH



MEE SIAM KUAH


BAHAN2NYA

MEE HOON GORENG

1.       1 ½  BUNGKUS MEE HOON DI RENDAM DAHULU

2.       10 ULAS BAWANG MERAH HIRIS

3.       10 ULAS BAWANG PUTEH DI TUMBUK KASAR

4.       2  CAWAN CILI MESIN

5.       1 CAMCA BESAR BELACAN

6.       1 CAWAN AIR ASAM JAWA PEKAT

7.       1 KILO UDANG HIDUP(KULIT DAN KEPALA UDANG BUAT STOCK AIR UDANG.)UDANG DI KOPEK AMBIL ISI LETAK TEPI DAHULU SIMPAN UNTUK KUAH MEE HOON SEPARUH, KEMUDIAN KEPALA DAN KULITNYA DI GORENG SEDIKIT DG MINYAK,HINGGA GARING,MASUKAN AIR 3 CAWAN MASUK BLENDER DAN DI BLEND HALUS,TAPIS AMBIL PATINYA SAHAJA.1/2 BAHGIAN STOK UDANG INI ADALAH UNTUK KUAH MEEHOON.

8.       SOTONG ½ KILO DI BUANG TUNCITNYA, BUANG HITAM, DAN TULANGNYA,POTONG 6 DAN DI KELAR2,GAUL GARAM SEDIKIT DAN DI GORENG DENGAN TUMISAN 4 BAWANG PUTEH TUMBUK HALUS.ANGAT LETAK TEPI DAHULU,KEMUDIAN GORENG UDANG  ½ DARI SATU KILO DIGAUL SEDIKIT GARAM,GORENG MASAK SAHAJA ANGKAT LETAK TEPI DAHULU.BEKAS MINYAK BOLEH DI CAMPUR DENGAN MINYAK YG HENDAK GORENG MEE HOON.

9.       3 CAMCA BESAR GULA SANGRAI

10.   1 CAMCA UDANG KERING DI TUMBUK HALUS

11.   1 CAMCA BESAR TUMIX

12.   4 CAWAN TAUGE DI PETIK EKORNYA DAN BUANG HITAMNYA

13.   MINYAK UNTUK MENUMIS



CARA MENGGORENG MEE HOON GORENG.

PANASKAN MINYAK DULU DIKUALI,CAMPUR DENGAN MINYAK BEKAS GORENG UDANG DAN SOTONG,TUMISKAN BAWANG HIRIS,BAWANG PUTEH TUMBUK,DAN BELACAN HINGGA GARING,MASUKAN UDANG KERING,KASI GARING GARING JUGA KEMUDIAN MASUKAN CILI MESIN DAN AIR ASAM,MASAK SEHINGGA NAIK MINYAK KEMUDIAN MASUKAN AIR STOK UDANG 1 CAWAN,AIR GULA SANGRAI,DAN TUMIX,TAMBAH 1 CAWAN AIR LAGI,BIAR MENIDIH BARU MASUKAN MEE HOON YG SUDAH DI TOSKAN TADI,KACAU RATA2 BARU MASUKAN TAUGE,KACAU RATA2 LAGI.RASA GARAM NYA.JANGAN MASIN SANGAT.AKHIR SEKALI MASUKAN SOTONG DAN UDANG YG SUDAH DI GORENG AWAL2 TADI GAUL RATA  BOLEH PADAM API.



KUAH TAUCHU MEE HOON SIAM

BAHAN2NYA

1.       ½ KILO UDANG HIDUP AMBIL ISINYA SAHAJA KULIT DAN KEPALA BUAT STOK UDANG UNTUK BUAT KUAHNYA,GAUL SEDIKIT GARAM PADA ISI UDANG KEMUDIAN DI GORENG SEDIKIT DENGAN BAWANG PUTEH TUMBUK HALUS HINGGA MASAK,ANGKAT DAN LETAK TEPI DAHULU.CAMPURKAN MINYAK BEKAS GORENG UDANG UNTUK TUMIS KUAH MEE SIAM.

2.       10 ULAS BAWANG MERAH HIRIS

3.       10 ULAS BAWANG PUTEH TUMBUK

4.       2 CAWAN CILI MESIN

5.       2 CAMCA BELACAN MELAKA

6.       1 CAMCA UDANG KERING TUMBUK HALUS

7.       2 CAMCA BESAR KACANG TANAH TUMBUK

8.       ½ BOTOL TAUCHU BIJI,BASUH DULU DAN DITENYEK2 SIKIT.

9.       2 CAWAN AIR ASAM JAWA PEKAT

10.   1 CAWAN AIR GULA SANGRAI

11.   GARAM SECUKUP RASA

12.   1 CAMCA BESAR TUMIX

13.   ½ CAWAN MINYAK UNTUK MENUMIS KUAH MEE TAUCHU.

14.   AIR TAPIS SECUKUPNYA UNTUK BUAT KUAHNYA.



CARA2 MENUMIS KUAH MEE HOON SIAM.

PANASKAN MINYAK DI PERIUK,GORENG ISI UDANG HIDUP YG TELAH DI GAUL DG SEDIKIT GARAM,DITUMISKAN DG SEDIKIT BAWANG PUTEH TUMBUK DAHULU,KEMUDIAN CAMPUR DENGAN MINYAK YG HENDAK DITUMIS KUAH MEE HOON BARU TUMISKAN BAWANG MERAH,BAWANG PUTEH DAN BELACAN,HINGGA GARING,MASUKAN,UDANG KERING HINGGA GARING BARU MASUKAN CILI MESIN,TAUCHU,KACANG TANAH,GULA SANGRAI,TUMIX,GARAM DAN AIR ASAM MASAK HINGGA MENIDIH BARU MASUKAN AIR TAPIS SECUKUPNYA.BILA SUDAH MENIDIH BARU MASUKAN UDANG GORENG TADI DAH BOLEH PADAM API.



BAHAN2 TABUR DIATAS MEE HOON SIAM

1.       8 BIJI TELOR REBUS DI REBUS DG 2 ASAM KEPING,LEPAS REBUS CEPAT2 JIRUS TELOR DENGAN AIR SEJUK,UNTUK TELOR KELIHATAN CANTIK APABILA DI KOPEK.

2.       8 BIJI TAHU DI GARAM KAN DAN DI POTONG DADU LALU DI GORENG,JANGAN TERLAMPAU GARING SANGAT.

3.       BAWANG GORENG CAMPUR BAWANG PUTEH GORENG

4.       8 BIJI LIMAU KASTURI DI BELAH 2 DI BUANG BIJINYA

5.       2 CAWAN DAUN KUCAI DIHIRIS ½ INCHI



SUSUNAN HIDANGAN

1.       MASUK KEDALAM MANGKOK MEE HOON GORENG

2.       TUANG KUAH MELIPUTI MEE HOON GORENG

3.       TAHU GORENG

4.       DAUN KUCAI HIRIS

5.       LIMAU KASTURI BELAH DUA DUA BUANG BIJINYA

6.       BAWANG GORENG

7.       TELOR REBUS.

Thursday, September 12, 2013

NASI LEMAK MASAK UNTUK BREAKFAST HARI RAYA KORBAN 2013



NASI LEMAK MASAK 2 KALI DALAM RICE COOKER PERIUK BESAR

BAHAN2NYA
1.       BERAS 3 KG (CARI BEKAS UNTUK SUKAT BERAS DAHULU BARU AKAN TAHU BANYAK MANA SANTAN DAN AIR DIPERLUKAN.)
2.       SUKAT ½ PARAS SUKATAN SANTAN PEKAT DAHULU(GUNA SUKAT BERAS YANG SAMA)
3.       KEMUDIAN SUKAT AIR TAPIS SAMA SUKATAN PARAS BERAS (KIRA2 1 ½ KALI JUMLAH SANTAN DAN AIR SEMUA SUKATAN DARI SUKATAN BERAS)
4.       DAUN PANDAN 6 HELAI DI SIAT2 SIMPUL IKAT
5.       BUNGA LAWANG 3 KUNTUM
6.       GARAM SECUKUP RASA
7.       BUTTER CUP ½  KETUL
8.       DAUN SALAM 3 HELAI

BASUH BERSIH DAN RENDAM BERAS SEKEJAP,MASUKAN SEMUA BAHAN KEDALAM PERIUK RICE COOKER BESAR,RASA GARAMNYA DARI AIR SANTAN.MASAKLAH NASI SAPERTI BIASA.BILA SUDAH MASAK GEMBUR RATA DAN AMBIL DAUN PISANG SEKEPING DI TUTUP DIATAS NASI YG PANAS,AKAN BANGKIT BAU WANGI NASI LEMAK.

MASAK DUA PERIUK  RAMAI ALPATANIAN NAK MAKAN DENGAN RENDANG KERANG,SAMBAL TUMIS SOTONG KERING,TELOR REBUS ULAM TIMUN DAN IKAN BILIS GORENG BERKACANG TONY.

SAMBAL GORENG PENGANTIN



SAMBAL GORENG PENGANTIN


BAHAN-BAHANNYA

Semua Di Basuh Bersih Dengan Garam Dan Tepong, Masuk Periuk Dg Sedikit Garam & Secukup Air Tapis Direbus Hingga Masak.


* SEMUA BAHAN DIBAWAH DI REBUS HINGGA MASAK ANGKAT DI POTONG DADU LALU DI GORENG SEBENTAR


1 Kg Daging/Tetel

1 Kg Paru                  

1 Kg Limpa

1 Kg Hati



*SEMUA BAHAN DIBAWAH DIHIRIS LALU DI GORENG SEBENTAR 

20 Batang Lada Merah

20 Batang Lada Hijau 

20 Batang Cili Padi

2 Kg Kacang Panjang Muda Di Hiris Serong Goreng Lama Sedikit.


10 Biji Tahu Di Potong Dadu Di Gaul Garam,Digoreng Jangan Terlalu Garing.

10 Keping Tempe Dipotong Dadu Digaul Garam Di Goreng Garing





*SEMUA BAHAN DIBAWAH DIKISAR HALUS


6 Biji Bawang Besar
6 Batang Serai

5 Inci Lengkuas                                   3 Cawan Cili Kering Yang Telah Dikisar Halus

15 Ulas Bawang Putih

8 Inchi Halia Muda


BAHAN TAMBAHAN UNTUK SEDAPKAN MASAKAN 

3 Cawan Bawang Goreng

6 Sudu Teh Garam Atau Secukup Rasa

½ Cawan Gula Atau Secukup Rasa

Serbuk Perasa
2 Cawan Minyak Untuk Menumis



ADUN SANTAN DG BAHAN2 BERIKUT

3 Mangkuk Santan Pekat Dan 4 Mangkuk Santan Cair
1 Cawan Asam Jawa Pekat
4 Inci Belacan


CARA :
1. Santan Cair Diramas Dengan Asam Jawa Dan Belacan, Diperah Dan Tapis - Diketepikan.


2. Panaskan Minyak Dalam Kuali Dan Tumis Bahan Kisar Sehingga Garing Dan Naik Baunya.


3. Masukkan Santan Cair Yang Telah Ditapis Dan Kacau Sebentar.

4. Kemudian, Masukkan Daging, Paru, Limpa Dan Hati Yang Telah Dipotong Dadu Dan Digoreng, Lada Merah, Lada Hijau,Yang Telah Digoreng,Kacang Panjang Hiris,Tahu Goreng,dan Tempe Goreng,Dan Bawang Goreng.Kacau Hingga Rata2.



5. Seterusnya, Masukkan Santan Pekat, Garam, Gula Dan Serbuk Perasa.Kalau Airnya Kurang, Bolehlah Tambah Dengan Santan Cair Lagi.

6. Masak Sehingga Kuahnya Mendidih Dan Pekat Sedikit Dan Rencahnya Resap Kedalam Daging,Paru Dan Hati Serta Bahan-Bahan Lain.Gaul Rata Dan Sesuaikan Rasanya Mengikut Citarasa Anda. Tambahlah Apa Yg Perlukan.



7. Matikan Api Dan Lauk Siap Untuk Dihidang.Makan Dengan Nasi Himpit Atau Nasi Puteh Atau Nasi Ambang.