MEE HOON KARI KERANG
BAHAN2NYA
1. 1 Packet Mee Hoon Di Rendam
Dahulu Kemudian Di Celor Dg 1 Helai Daun Pandan,2 Batang Daun Sup Disimpul
Ikat, Dan Sedikit Garam.Sudah Celor Masukan Kedalam Tapis Dan Jirus Air Supaya
Berderai Tidak Melekat.
BAHAN2 UNTUK BUAT KUAH MEE
KERANG
2.
Kerang 2 Kilo Dibasuh Bersih Direbus Tanpa Air Dan Dikopek Basuh Bersih
Buang Selutnya.Isi Kerang Letak Tepi Dahulu
3.
Udang Hidup ¼ Kg Di Kopek Buang Kepala Dan Kulitnya,Ambil Kepala Dan
Kulit Basuh Bersih Dan Di Goreng Dengan Sedikit Minyak Dan Garam Hingga Garing
Wangi,Masukan Air 2 Cawan Blend Halus Dan Disaring Untuk Ambil Airnya Untuk
Buat Air Stok Udang.Isi Udang Di
Letak Tepi Dahulu
4.
½ Paket Fish Ball Di Belah Dua
5.
4 Keping Tahu Di Garamkan Di Belah 4 Dan Di Goreng
6.
Daun Kesum Sedikit Ambil Daunnya Untuk Wangikan Kuah.
7.
Bunga Kantan 1 Dibelah 4
8.
Tauge 2 Cawan Dibasuh Bersih Buang Hitamnya Dan Ekornya Sangrai
Sebentar Sahaja
9.
PERINGATAN: Bahan Laut Tidak Sihat
Dimasak Dicampur Dengan Bahan2 Daging Dan Ayam.
BAHAN REMPAHNYA
1.
Rempah Kari Ikan Babas 1 Cawan
2.
1 Sudu Kecil Jintan Manis Serbuk Digaul Dengan Rempah
3.
1 Sudu Kecil Kunyit Serbuk Babas
Untuk Tumis
BAHAN BLEND UNTUK DI TUMIS
4.
Halia 1 Inchi
5.
Bawang Puteh 5 Ulas
6.
Bawang Besar 2 Biji
7.
Garam ½ Camca Besar
8. Daun Sup 2 Batang
9. Blend Halus Dg Sedikit Air
No4-No 8 Untuk Tumis
10.
Lengkuas Ketuk 2 Inchi Untuk Tumis
11.
2 Batang Serai Diketuk Untuk Tumis
12.
1 Camca Kelengkap Daging Serbuk Yg Sudah Di Sangrai Untuk Tumis
13.
Daun Kari Hijau 2 Helai Untuk Tumis
14.
Minyak Untuk Menumis ½ Cawan
15.
Asam Keping 2 Keping
16.
Santan Original 1 Bungkus
17.
Santan Kotak 1 Kotak
18.
Air Tapis 6 Cawan Untuk Jadikan Kuahnya
19.
Tumix 1 Camca Besar
20.
Garam Secukup Rasa
21.
Daun Sup 2 Batang Disimpul Ikat
CARA MENUMIS KUAH MEE KERANG
Panaskan
Minyak,Api Slowkan Dulu Dan Tumiskan,Lengkuas Ketuk,Serai Ketuk,Daun Kari,
Kelengkap Daging Serbuk,Dan Serbuk Kunyit Babas,Masukan Bahan Blend Hingga Garing,Masukan
Rempah,Garam,Tumix,Asam Keping Dan Bunga Kantan.Masak Sehingga Naik Minyak
Masukan Air Tapis,Biar Menidih Dahulu Baru Masukan Air Stok Udang,Isi Kerang,
Fishball, Tahu Goreng Dan Akhir Sekali Isi Udang Hidup,Santan,Daun Sup Dan Daun
Kesum. Rasa Garamnya.Padam Api.
SUSUNAN BAHAN UNTUK TABUR
ATAS MEE
1.
Mee Hoon Yg Sudah Dicelor Atau Mee Kuning
2.
Tauge Sangrai
3.
Daun Sup Daun Bawang Hiris
4.
Cili Merah Jeruk/Padi Jeruk
5.
Telor Rebus Yg Di Belah 2
6.
Limau Kasturi Atau Limau Nipis Yg Potong Buang Bijinya
7.
Kuah Mee Kari
8.
Bawang Goreng
9.
Daun Kesum Di Hiris Kasar
10.
Bismillah
No comments:
Post a Comment