HATI LEMBU GORENG KUNYIT
BAHAN2NYA
1.
Hati Lembu 3 Kilo Di Hiris Nipis2 .Digaul Dengan Garam Kunyit.
2.
Bawang Besar 12 Biji Di Potong Bulat2 Kasar2
3.
Cili Hijau 6 Biji Di Hiris Serong
4.
Jintan Puteh 5 Camca Besar
5.
Jintan Manis 3 Camca Besar
6.
Ketumbar Biji 8 Camca Besar
7.
Lada Hitam 1 Camca Besar
8.
No4-No7 Disangrai Diatas Api Yg Tinggi Dan Blend Kasar
9.
Minyak 1 Cawan Untuk Goreng Hati.
BAHAN UNTUK GARAM KUNYITNYA
1.
Kunyit Hidup 3 Ketul
2.
Bawang Puteh 10 Ulas
3.
Cili Padi Hijau Kampung 12 Biji
4.
Garam ½ Camca Besar
5.
Tumix 1 Sudu Kecil
6.
Cuka 3 Camca Besar
7.
Daun Kunyit Muda 1 Helai Dibuang Urat Tengahnya
8.
Tepung Beras 1 Sudu Kecil
9.
½ Cawan Santan Pekat Untuk Blend
10. Blend Semua Dari No1-No9 Hingga Halus Kemudian Di Gaul Rata Pada Hati
Yg Telah Di Hiris,Perap Sekejap Dulu Baru Di Goreng.
CARA MENGGORENG HATI
Panaskan
Minyak Dikuali Besar,Goreng Hati Yg Sudah Di Perap Hingga Kering Airnya,Masukan
Rempah Yg Telah Di Sangrai Dan Di Blend Kasar.Goreng Hingga Kering,Masukan
Bawang Besar,Kacau Rata2 Baru Masukan Cili Hijau.Kacau Rata Sebentar Terus
Padam Api.Sedia Dimakan Dengan Nasi Yg Panas.
No comments:
Post a Comment