SUP TULANG DAGING KORBAN
BAHAN2NYA
1.
Semua Tulang/Rusuk Dan Dada Di Basuh Bersih Dengan Garam Dan Tepong,Tos
Dan Tapis
BAHAN2 PERAP PADA TULANG
2. Halia Muda 8 Inchi
3. Bawang Besar 10 Biji
4. Bawang Puteh 20 Ulas
5. Garam 2 Camca Besar
6. 3 Pokok Daun Sadri
7. Sedikit Air Untuk Blend Bahan2 No 2- No7 Hingga
Halus,Perap Bahan Blend Pada Semua Tulang Yg Hendak Dibuat Sup.Biar Sebentar
Sebelum Direbus.Kemudian Masukan Bahan Berikut No 8 - No 12 Kedalam Rebusan
Tulang.
8. Bonjut 3 Bunkus
9. Daun Pandan 5 Helai Disimpul Ikat
10.
Daun Salam 3
Helai
11. Bawang Besar Size
Yg Kecil 15 Biji,Biar Sebiji2.
12. Air Tapis
Secukupnya Untuk Merebus Tulang Biar Semua Tulang Tenggelam Dan Bahan Yg Lain,Rebus
Sehingga Tulang Empuk,Jika Kering Air Boleh Lah Ditambah Air. Masak Sehingga
Tulang Betul2 Empuk.
13. Tomato Biji 15
Size Yg Kecil Biar Sebiji
14.
Carrot
15. Kentang Secukupnya
16. Tomato,Carrot Dan
Kentang Di Rebus Asing Supaya Hidangan Sup Akan Nampak Cantik.Air Dari Rebusan
Tomato,Carrot Dan Kentang Di Masukan Kedalam Air Rebusan Daging Yang Sudah Empuk.
BAHAN2 TUMIS
1. Bawang Merah 15 Biji Dihiris
2. Bawang Puteh 12 Ulas Ditumbuk Halus
3. Lengkuas Ketuk 5 Inchi
4. Serai Ketuk 3 Batang
5. Minyak Sayur 2 Cawan
6. Tumix 3 Camca Atau Cube Daging 3 Ketul
7.
Lada Hitam Serbuk
1 Sudu Kecil
REMPAH UNTUK TUMIS
BAHAN2NYA
1.
Jintan Manis 5 Camca Besar
2.
Jintan Puteh 8 Camca Besar
3.
Ketumbar Biji 10 Camca Besar
4.
Lada Puteh 3 Camca Besar
5.
Kacang Dal 2 Camca Besar
6.
Kulit Kayu Manis 2 Batang
7.
Bunga Lawang 2 Kuntum
8.
Bunga Cengkih 10 Kuntum
9.
Buah Pelaga 10 Biji
10.
No 1-No 9 Disangrai Diatas Api Tinggi Hingga Kering Betul Baru Diblend
Halus Kemudian Diayak.
CARA2 MENUMIS SUP TULANG
Panaskan
Minyak Tumiskan Bawang Merah Hiris Dan Bawang Puteh Tumbuk Hingga
Garing,Kemudian Masukan,Lengkuas Ketuk Dan Serai Ketuk,Kemudian Masukan Bahan
Rempah Tumis.Lada Hitam Serbuk,Dan Cube Kacau Rata Dan Tuang Kedalam Sup Tulang
Yg Sudah Empuk.Rasa Garamnya.
BAHAN TABUR ATAS SUP
1.
Daun Sup Daun Bawang Hiris
2.
Bawang Merah Dan Bawang Puteh Goreng
3.
Cili Padi Jeruk,Cili Padi Di Hiris,Gaul Dengan Sedikit Garam Dan Cuka
4.
Limau Nipis Di Potong(Untuk Potong Lemak).
No comments:
Post a Comment