Thursday, August 29, 2013

TULANG KAKI SUP MERAH SINGAPURA CICAH ROTI FRANCIS.




TULANG KAKI SUP MERAH SINGAPURA CICAH ROTI FRANCIS.

UNTUK KORBAN DI ARCA 15/10/2013.



BAHAN2NYA

1.    Tulang Kaki/Tulang Rusuk Basuh Bersih Dg Tepong Gandum Dan Garam.

BAHAN PERAP PADA TULANG DIPERAP DAHULU SEBENTAR SEBELUM DIREBUS

2.    6 Inchi Halia Muda

3.    10 Biji Bawang Besar

4.    15 Ulas Bawang Puteh

5.    3 Camca Besar Garam

6.    3 Ketul Cube Lembu.

7.    Air Tapis ½ Cawan Untuk Blend Halus Semua Bahan No2–No7 Sudah Halus Perap Pada Semua Tulang/Rusuk Daging,5 Helai Daun Pandan Disiat2 Simpul Ikat,Kemudian Di Rebus 4 Jam Dalam Periuk Besar Yg Berisi Air Tapis 3/4 Periuk Sehingga Tulang Empuk.



BAHAN2 TUMIS SUP

1.    1 Ketul Butter Acs

2.    ½ Cawan Minyak Sayur

3.    3 Helai Daun Pandan Disiat2 Di Simpul Ikat

4.    5 Helai Daun Salam

5.    15 Ulas Bawang Merah Dihiris

6.    15 Ulas Bawang Puteh Dihiris



REMPAH SUP MERAH

1.    3 Camca Besar Jintan Puteh

2.    3 Camca Besar Jintan Manis

3.    3 Camca Besar Ketumbar Biji

4.    1 Sudu Kecil Lada Hitam

5.    1 Sudu Kecil Lada Puteh

6.    3 Batang Kulit Kayu Manis  

7.    3 Kuntum Bunga Lawang

8.    15 Biji Bunga Cengkih

9.    15 Biji Buah Pelaga

10.                      No 1 - No 9  Di Sangrai Dg Api Yg Perlahan Dan Di Ayak Halus.Atau Di Blend Dengan Air Sehingga Halus Kemudian Di Tapis Ambil Patinya Sahaja.



BAHAN2 TAMBAHAN BUMBU SUP MERAH

11.Cili Mesin 1½ Cawan Di Tapis Buang Bijinya

12.Cili Padi Merah Mesin 15 Biji

13.Cili Mesin Dan Cili Padi Disatukan Dengan Cili Mesin, Blend Halus Di Tapis Buang Bijinya

14.8 Biji Tomato

15.Daun Sadri Yg Besar 4 Batang Di Potong Kecil

16.Carrot 2 Biji Dipotong Kasar Rebus Hingga Empuk Blend Untuk Pekatkan Kuahnya

17.Capcicum 3 Biji Di Kelar

18.No 14 - No 17 Di Rebus Sebentar Kemudian Di Rendam Dengan Air Batu Untuk Seal In Goodness,Buang Semua Kulitnya Dan Diblend Halus.



BAHAN2 TAMBAHAN

19.Tomato Puree 1 Tin

20.2 Tin Kacang Peas Yg Kecil Light Green Jenis Yang Kecil

21.5 Pokok Daun Ketumbar Di Hiris Halus Untuk Tabur  Diatas Sup Merah

22.5 Pokok Daun Sadri Dan Daun Bawang Hiris Untuk Tabur Diatas Sup Merah

23.Bawang Merah Dan Bawang Puteh Goreng Untuk Tabur Atas Sup Merah.

CARA MENUMIS SUP TULANG MERAH
Panaskan Minyak Dan Butter Tumiskan Daun Pandan,Daun Salam,Bawang Puteh Dan Bawang Merah Hiris,Bumbu Rempah Sup Merah,Kacau Rata Masukan Bumbu Tambahan Yg Telah Di Blend Halus Dan Di Tapis,Masak Hingga Naik Minyak,Masukan Tomato Puree.Kemudian Tuang Bahan Tumis Ke Dalam Tulang Yg Telah Di Rebus Empuk,Air Ikut Tahap Lama Yg Perlu Di Masak Boleh Tambah Dari Masa Kemasa Dan Texsure Yg Diperlukan,Jika Tulang Sudah Empuk.Rasa Garamnya Akhir Sekali Taburkan Kacang Peas,Daun Ketumbar Hiris Dan Bawang Goreng.Sedia Di Cicah Dengan Roti Garlic Perancis .Atau Roti Bengali.

Saturday, August 24, 2013

AIR ASAM UNTUK CICAH DAGING BAKAR DAN DAGING REBUS



AIR ASAM UNTUK CICAH DAGING BAKAR DAN DAGING REBUS
Bahan2nya
1.  Bawang Besar 15 Biji Dibelah Dua Dan Dihiris
2.  Cili Padi Hijau Kampung 30 Biji Di Hiris
3.  Cili Padi Merah 30 Biji Di Hiris
4.  Tomato 10 Biji Dipotong Dadu
5.  Limau Nipis 10 Biji Diperah Ambil Airnya
6.  Limau Kasturi 8 Biji Di Belah Tengah Dibuang Bijinya Dan Perah Ambil Airnya
7.  Belacan Melaka Secukupnya
8.  Air Asam Jawa Pekat Tanpa Biji 2 Cawan
9.  Sambal Belacan Dari 10 Biji Cili Merah.
10.No 7 – No 9 Diblend Jangan Halus Sangat.
11.1 Camca Gula Sangrai

CARA MENGAULKAN AIR ASAM
Masukan Bawang Hiris Ramas2 Sikit Supaya Bawang Berderai Kedalam Mangkok Besar,Sambal Belacan, Tomato Dadu,Semua Cili Padi Hiris,Air Perahan Limau Nipis,Limau Kasturi Dan Air Gula Sangrai,Gaulkan Semua Rata2 Dan Masukan Kedalam Mangkok2 Kecil Untuk Hidangan.Sedia Di Cicah Dengan Daging Bakar Dan Daging Rebus. 

HATI LEMBU GORENG KUNYIT KORBAN



HATI LEMBU GORENG KUNYIT
BAHAN2NYA
1.    Hati Lembu 3 Kilo Di Hiris Nipis2 .Digaul Dengan Garam Kunyit.
2.    Bawang Besar 12 Biji Di Potong Bulat2 Kasar2
3.    Cili Hijau 6 Biji Di Hiris Serong
4.    Jintan Puteh 5 Camca Besar
5.    Jintan Manis 3 Camca Besar 
6.    Ketumbar Biji 8 Camca Besar
7.    Lada Hitam 1 Camca Besar
8.    No4-No7 Disangrai Diatas Api Yg Tinggi Dan Blend Kasar
9.    Minyak 1 Cawan Untuk Goreng Hati.

BAHAN UNTUK GARAM KUNYITNYA
1.    Kunyit Hidup 3 Ketul
2.    Bawang Puteh 10 Ulas
3.    Cili Padi Hijau Kampung 12 Biji
4.    Garam ½ Camca Besar
5.    Tumix 1 Sudu Kecil
6.    Cuka 3 Camca Besar
7.    Daun Kunyit Muda 1 Helai Dibuang Urat Tengahnya
8.    Tepung Beras 1 Sudu Kecil
9.    ½ Cawan Santan Pekat Untuk Blend
10.  Blend Semua Dari No1-No9 Hingga Halus Kemudian Di Gaul Rata Pada Hati Yg Telah Di Hiris,Perap Sekejap Dulu Baru Di Goreng.

CARA MENGGORENG HATI
Panaskan Minyak Dikuali Besar,Goreng Hati Yg Sudah Di Perap Hingga Kering Airnya,Masukan Rempah Yg Telah Di Sangrai Dan Di Blend Kasar.Goreng Hingga Kering,Masukan Bawang Besar,Kacau Rata2 Baru Masukan Cili Hijau.Kacau Rata Sebentar Terus Padam Api.Sedia Dimakan Dengan Nasi Yg Panas.