Thursday, December 17, 2009

LONTONG MAK JARAH JALAN TIMUN 1960


LONTONG MAK JARAH JALAN TIMUN SINGAPURA 1960

BAHAN2NYA

1.    Ketupat Nona Yg 30 Pcs Rebus Dg Sedikit Garam,1 Sudu Kecil Minyak Dan Daun Pandan,Rebus 3-4 Jam,Sudah Masak Angkat Dan Toskan
BAHAN2 UNTUK KUAH LODEH
1.    Cili Hidup 8 Biji
2.    Jika Suka Pedas Tambah Cili Padi Merah
3.    Kunyit Hidup 2 Inci
4.    5 Biji Buah Keras
5.    5 Biji Bawang Merah
6.    2 Camca Besar Udang Kering
7.    2 Camca Besar Ikan Bilis
8.    2 Camca Besar Rempah Biji Ketumbar
9.    Garam Secukup Rasa
10.                       1/2 Cawan Air Tapis Untuk Blend Bahan
11.                       1/2 Cawan Minyak Sayur
12.                       Udang Hidup Buang Kulitnya Dan Kepala
13.                       Kepala, Kulit Udang Gaul Dg Sedikit Garam Goreng Dg Sedikit Minyak + Sedikit Air Blend Halus Dan Tapis,Masukan Dalam Kuah.

CARA MENUMIS KUAH LODEH
Blend Semua Bahan Sehingga Halus
Panaskan Minyak,Tumis Serai,Lengkuas Ketuk Dan 2 Helai Daun Salaam, Hingga Wangi Masukan Bahan Blend,Masak Hingga Naik Minyak, Kemudian Masukan Bahan2 Sayur,Udang Hidup 1/4 Kg Dan 3 Cawan Air Tapis,Masak Sehingga Mendidih Dan Sayur Empuk,Akhir Sekali Masuk Kan Santan,Tempe Dan Tahu

BAHAN2 SAYUR
1/4 Kilo Kacang Panjang Dihiris Serong
1 Biji Sengkuang Size Kecil Dihiris Potong Memanjang
2 Biji Terung Di Potong Kecil
1/4 Biji Kobis Dihiris Kecil
Tahu Letak Sedikit Garam Dan Di Goreng, Potong 8
Tempe Potong Kecil,Gaul Garam Dan Goreng
Pucuk Tahu Nipis Potong Kecil Dan Direndam
Sedikit Soon Rendam,Jangan Banyak
1 Kotak Santan Lowfat
1 Cube Bilis
Garam Secukup Rasa

BAHAN2 SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG
1 Cawan Cili Mesin Halus
10 Ulas Bawang Merah
1 Ulas Bawang Puteh
Sedikit Belacan Melaka
1/4 Cawan Air Tapis Untuk Blend Bawang,Bawang Puteh Dan Belacan
1/2 Cawan Air Asam Jawa
3 Camca Gula Perang
1/2 Cawan Minyak Sayur
2 Ekor Sotong Kembang Dipotong2

CARA MENUMIS
Panaskan Minyak Tumiskan Bawang Merah/Puteh Dan Belacan Sehingga Garing,Masukan Cili Mesin, Masak Hingga Naik Minyak,Masukan Air Asam, Gula Dan Garam.Akhir Sekali Asukan Sotong Kembang.

SERUNDING

BAHAN2NYA
1/2 Biji Kelapa Parut Puteh
5 Biji Cili Merah+ Cili Padi Merah Jika Suka Pedas
5 Batang Serai
1 Inci Kunyit Hidup
2 Camca Besar Jintan Manis
2 Camca Besar Ketumbar Biji
5 Ulas Bawang Merah
1 Inci Lengkuas
1/2 Sudu Kecil Lada Hitam
2 Camca Besar Udang Kering
1/2 Cawan Minyak Sayur
1/4 Cawan Air Tapis Untuk Buat Blend Bahan
3 Camca Besar Gula Perang
2 Keping Asam Keping
Blend Cili,Serai,Kunyit Hidup,Jintan Manis,Ketumbar,Bawang Merah,Lengkuas.Lada Hitam Dan Udang Kering Bersama 1/4 Cawan Air Tapis Sehingga Halus.

Panaskan Minyak Tumiskan Bahan Blend Hingga Wangi,Kemudian Masukan Kelapa Parut Dan Asam Keping, Kacau Rata Kemudian Masukan Garam Dan Gula, Masak Hingga Kering Dengan Api Tinggi.Sedap Juga Dimakan Dengan Nasi Himpit Sahaja.


Sambal Kacang
2 Cawan Kacang Tanah Yg Sudah Dibakar Buang Kulit Dan Blend Kering Jangan Halus Sangat.
1/2 Cawan Cili Mesin
10 Ulas Bawang Merah Dihiris
5 Batang Serai Di Ketuk
2 Inci Lengkuas Di Ketuk
4 Camca Besar Gula Perang
1/2 Cawan Minyak Sayur
1 Cawan Air Tapis
Garam Secukup Rasa
Panaskan Minyak Tumiskan Serai Dan Lengkuas Dan Bawang Sehingga Garing,Kemudian Masukan Cili Mesin Kacau Sehingga Naik Minyak, Masukan Air Asam,Gula,Garam Dan Air 1 Cawan.Masak Hingga Naik Minyak.
Sedia Dimakan Dengan Nasi Himpit Atau Ketupat.

Telor Omega Rebus Untuk Letak Diatas Lontong.



No comments:

Post a Comment