Wednesday, December 16, 2009

LAKSA JALAN LADA SINGAPURA 1960



LAKSA KEGEMARAN FAMILI ALPATANI DIJALAN LADA SINGAPURA 1960


BAHAN2NYA
1 Kg Ikan Tenggiri Atau Kembung Lumur Garam Kukus Buang Tulang Dan Blend Kasar
1/2 Cawan Ikan Bilis Blend Halus
1/4 Cawan Udang Kering Blend Halus
Santan Low Fat 1 Kotak
Secukup Air Tapis Untuk Buat Kuahnya
Cili Padi Hijau 20 Biji
Kunyit Hidup 1 Ketul
Jintan Manis 2 Camca Besar
Bawang Kecil 10 Ulas
Lengkuas 2 Inci
1/4 Camca Lada Hitam
Minyak Sayur 1/2 Cawan

Blend Cili Padi,Kunyit Hidup,Jintan Manis,Bawang Kecil,Lada Hitam Dan Lengkuas Sehingga Halus,Panaskan Minyak,Tumis Bahan Blend Ini Sehingga Wangi. Sudah Naik Minyak Masukan Ikan Bilis ,Udang Kering Blend,Dan Ikan Blend Serta Secukup Air Untuk Jadikan Kuah .Kemudian Masukan Santan Low Fat Satu Kotak, Kacau Rata Sehingga Mendidih. Akhir Sekali Masukan Daun Selasih,Daun Kesom Dan Bunga Kantan.Rasa Garamnya.

BAHAN2 YG LAIN
1 Paket Laksa Beras Cap Cili Rendam Dan Rebus,Jika Suka Boleh Beli Laksa Beras Yg Sudah Rebus Dipasar.
1 Cawan Tauge Fresh Buang Ekornya
Daun Selasih Dipotong Kasar
Daun Kesom Dipotong Kasar
Limau Kasturi Buang Bijinya
Timun Buang Kulitnya Di Gubah Potong Bulat
Bawang Besar Potong Dadu Untuk Buat Ulamnya
Sambal Cili Paste, Cili Kering Diblend Dg Sedikit Asam Jawa Dan Garam.

CARA HIDANGNYA
Masuk Laksa Kedalam Mangkok
Tuang Kuah Yg Masih Panas
Letakan Tauge Mentah,Daun Selasih,Daun Kesom,Bawang Dan Timun Gubah,Cili Paste Dan Limau Kasturi.
Sedia Untuk Dimakan, Selamat Mencuba, Jika Sedap Bagi Tahu Semua Kalau Tak Sedap Bagitahu Saya 0197520302



LAKSA

1. Ikan parang,tenggiri @ kembung 1 kg
2. Ikan bilis ½ cawan
3. Udang kering ¼ cawan
4. Laksa beras 2 kg
5. Kelapa parut puteh ½ biji
6. Cili padi merah 15 biji
7. Cili merah 5 biji
8. Kunyit hidup 1 inci
9. Lengkuas 2 inci di ketuk sahaja
10.                  Serai 5 batang di ketuk sahaja
11.                  Bawang merah 15 biji
12.                  Lada hitam serbuk 1 camca besar
13.                  Jintan manis serbuk 2 camca besar
14.                  Asam gelugor 5 keping
15.                  Santan pekat 2 kotak
16.                  Garam secukup rasa
17.                  ½ cawan minyak untuk tumis

BAHAN UNTUK TABUR
1. Tauge  2 cawan (buang ekor biar fresh)
2. Daun kemangi ½ cawan(hiris)
3. Daun selasih ½ cawan(hiris)
4. Daun kesom ½ cawan(hiris)
5. Timun ½ biji(potong dadu)
6. Bawang besar 2 biji(potong dadu)
7. Limau kasturi atau nipis(belah nipis)
8. Sambal cili kering (blend halus letak garam sedikit) kalau suka boleh letak belacan sedikit.
 
.

No comments:

Post a Comment