Sunday, September 23, 2012

BADAK BERENDAM



      BADAK BERENDAM NANNY PAH

BAHAN2NYA
1.      1 Packet Tepong Pulut
2.      4 Biji Kentang Rebus Hingga Betul2 Empuk
3.      1 Cawan Air Di Blend Dengan Daun Pandan 5 Helai Tambah 1 Sudu Kecil Pewarna Hijau Dan Secubit Garam,Tapis Ambil Patinya
4.      Blend Kentang Dengan Air Pandan Tapis
5.      Gaul Rata Kentang Blend,Dengan Tepong Pulut Hingga Jadi Ketulan Yg Boleh Di Gentel,Jangan Lembik Takut Nanti Susah Nak Gentil Bulat.
6.      Gentil Bulat Leper Dulu Dan Masukan Inti Kelapa Yg Sudah Digentel Sebesar Goli.Kemudian Rebus Air Dan Daun Pandan Disimpul Ikat,Diperiuk Hingga Mendidih Dan Celur Tepong Hingga Timbul Dan Angkat Letak Di Mangkok.

INTI KELAPA

BAHAN2NYA
1.      Kelapa Parut Muda Yg Puteh 1 ½ Biji
2.      Gula Melaka 1 Ketul Yang Original Beli Di Melaka
3.      Gula Pasir ½ Cup
4.      Gula Merah ½ Cup
5.      Air 1 Cawan
6.      Daun Pandan 2 Helai Disimpul Ikat
7.      Tepong Jagung 2 Camca
Masak Air Bersama Semua Gula Dengan Daun Pandan Hingga Hancur Semua Tapis ,Masukan Kelapa Parut Dikuali,Tuangkan Gula Yg Ditapis Dan Masak Hingga Kering Dan Akhir Sekali Taburkan Rata Tepong Jagung Dan Masak Rata.Sebelum Inti Mengeras,Cepat Gentil Sebesar Goli,Buat Sampai Habis.


BAHAN KUAH BERENDAM

BAHAN2NYA
1.      Tepong Jagung 3 Camca Besar
2.      1 1/2  Sudu Kecil Garam
3.      Santan 4 Paket Yg Rm1/-
4.      2 Helai Daun Pandan Simpul Ikat
Masukan Tepung Jagung,Garam Dan Masukan Santan Sikit Sikit Hingga Tepong Rata Dan Masukan Habis Semua Santan Dan Masak Diatas Api Yg Sederhana Kacau Dengan Senduk Kayu Hingga Pekat,Kemudian Tuang Kedalam Badak Yg Didalam Mangkuk.Yang Telah Di Rebus Tadi.Sedia Di Makan Untuk Minum Petang.

NASI DAL NANNY PAH





NASI DAL NANNY PAH

BAHAN2NYA
1.                   2  Cawan Kacang Dal Direndam Semalaman Dengan 1 Sudu Kecil Pewarna Kuning Atau Kunyit Serbuk Babas,Direbus Dengan 1 Helai Daun Pandan Disimpul Ikat Hingga Empuk Dengan Sedikit Garam Dan Tapis Buang Airnya.
2.                  5 Cawan Beras Basmathi Atau Pusa Jasmin Di Basuh Bersih Kemudian Direndam Dengan Air Dan Cuka 1 Camca Besar Satu Jam Sebelum Memasak,Untuk Panjangkan Beras.Sukatan untuk masak nasi Air Tapis Sama Sukatan Berasnya.

BAHAN BLEND (A)
3.                   Halia 4 Inchi
4.                   8 Ulas Bawang Puteh
5                    3 Biji Bawang Besar
6.                   1 Camca Besar Garam
7.                   Air Tapis ½ Cawan
8.                   No 3 – No 7 Di Blend Halus

BAHAN2 UNTUK TUMIS
9.              Minyak Sapi ½ Tin Kecil
10.            Minyak Sayur ½ Cawan
11.            Serai Ketuk 2 Batang  
12.            1 Helai Daun Pandan Siat2 Simpul Ikat
13.            Daun Salam 3 Helai
14.            Kulit Kayu Manis 2 Pc
15.            Bunga Cengkih 10 Biji
 16.           Buah Pelaga 10  Biji
17.            Bunga Lawang 1 Kelopak

BAHAN BLEND (B)
18.            Gajus 8 Biji
19.            Tairu ½ Cup
20.            Coffee Mate 3 Camca
21.            Daun Ketumbar 2 Pokok Dengan Akarnya
22.            Daun Pudina ½ Cawan
23.            Perahan Air Limau Nipis 1 Biji
24.            Air Mawar ½ Cawan
25.            Susu Cair 1 Cawan
·       Ps  jika suka pedas boleh di tambah cili padi hijau Sebanyak mana yg disukai
NO 18 –NO 25 DIBLEND SEMUA HINGGA HALUS

CARA MEMUMIS NASI DAL
Panaskan Minyak Sayur Dan Minyak Sapi,Masukan Bahan Tumis,Sudah Garing,Kemudian Masukan Bahan Blend (A) Kemudian Masukan Dal Yg Sudah Rebus, Kemudian Masukan Bahan Blend (B),Kemudian Kacau Rata Masukan Beras,Kacau Rata2 Dan Masukan Air Tapis 3 Cawan,Kemudian Masak Lah Saperti Nasi Biasa.Nasi Ini Sedap Dimakan Dengan Sambal Kelapa,Sambal Tumis Ikan Bilis,Kari Udang Atau Kari Telor.

SAMBAL KELAPA

BAHAN2NYA
1.    ½ Biji Kelapa Parut Puteh
2.    Chili Padi Merah 6 Biji + cili merah 4 biji
3.    Bawang Merah 4 Biji
4.    Halia 1 Inci
5.    Daun Kari 2 Helai Ambil Daunya Sahaja
6.    Daun Pudina ½ Cawan
7.    2 Pokok Daun Ketumbar
8.    Perahan Air Limau Nipis 1 Biji
9.    Garam 1 Sudu Kecil
10.                       Sedikit Air Tapis Untuk Blend
11.                       Blend No 1-No 10 Hingga Halus Rasa Asam Garamnya.
Ps: Jika Ada Blender Yang Tak Perlu Guna Air Lagi Bagus.